Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Mayat Pesara Polis Ditemukan Di Kebun Getah

Tanah Merah : Mayat seorang pesara polis berusia 56 tahun ditemukan di sebuah kebun getah di Kampung Perralla pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Muhammad berkata mayat Saharudin Mohd@Sulaiman dijumpai oleh penduduk kampung pada 10 pagi.

“Hasil siasatan awal, Allahyarham dikatakan keluar ke kebun getah miliknya pada Isnin dan tidak pulang selepas itu.

“Allahyarham dipercayai telah meninggal dunia di kebun itu dan hanya ditemui pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya Allahyarham sebelum ini dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.

”Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang kejadian jenayah,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.