Siakap Keli

Penyalahgunaan Tranexamic Acid Dan Cucuk Vitamin C Buruk Padahnya

Sebagai seorang wanita sudah menjadi lumrah untuk mendapatkan wajah yang cantik, tubuh yang menarik dan kulit yang putih. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang wanita itu sanggup menghabiskan kos sehingga ribuan ringgit hanya untuk tujuan kecantikan. Namun tahukah anda, kebanyakan produk kecantikan yang berada di pasaran mengandungi bahan kimia terlarang malahan sesetengah rawatan atau treatment kecantikan merupakan proses yang terlarang dalam dunia perubatan.

Tranexamic Acid atau nama saintifiknya “Antifibrinolytic” ialah ubat yang digunakan oleh para doktor untuk menghentikan pendarahan semasa pembedahan mengikut dos tertentu yang diperlukan oleh pesakit. Bagi kaum wanita yang mengalami pendarahan tanpa henti semasa proses kitaran haid berlaku pula Tranexamic Acid turut digunakan untuk membekukan darah.

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=A7WbmNmkOvY?list=PL4Er-7tv6LTr2p8f4Jy-abqUzBsuWhkOH]

 

Pharmasist Siti Hawa ini telah berkongsi video mengenai “Cucuk Tren” dan “Cucuk Vitamin C” yang banyak dilakukan oleh kaum wanita yang obses dengan kecantikan.  Menurutnya lagi, beliau sendiri berasa takut dengan lambakan rawatan dan bahan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang ini kerana ianya dapat memberikan kesan buruk kepada pengguna jika diambil sesuka hati.

Selain itu, beliau juga turut berkongsi video mengenai “Cucuk Vitamin C” yang kerap dilakukan oleh golongan wanita di negara ini bahkan kaum lelaki juga turut tidak terkecuali dalam mendapatkan rawatan ini kerana kesannya yang dapat menjadikan kulit mereka putih, gebu dan flawless.

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=h8LrSjuLs_U?list=PL4Er-7tv6LTr2p8f4Jy-abqUzBsuWhkOH]

 

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah tidak terlalu obses dengan dunia kecantikan kerana banyak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kita. Sebagai individu yang telah diberikan amanah oleh Allah Swt, kita wajib menjaga amanah yang telah dikurniakan olehNya

Kredit: Siti Hawa

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"