Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Tahu Ke Sarang Ular Tedung Macam Mana”, Lelaki Ini Kongsi Tips Hiking Dan Bahaya Mendaki Seorang Diri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mendaki gunung atau menjelajah hutan adalah antara aktiviti fizikal lagi mencabar yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, tanpa mengira jantina.

Begitupun hobi ini memerlukan ilmu yang cukup kerana hutan bukanlah tempat manusia. Tambah-tambah lagi jika anda kali pertama terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Kami yakin, anda pasti pernah mendengar pelbagai pesanan antaranya ‘mulut perlu dijaga ketika dihutan’ ataupun ‘jangan tegur apa-apa sahaja yang kelihatan aneh di dalam hutan’ kan.

Apakata baca perkongsian yang dibuat Iskandar Rahman Zulkarnain beberapa tips yang perlu anda tahu ketika mendaki di dalam hutan, tambah-tambah jika anda seorang diri.

Subjek :

Bahaya Mendaki seorang diri .

Mendaki atau masuk kehutan secara bersendirian ni mungkin ada segelintir orang memang dia rasa seronok sebab tak stress dengan kerenah. Tapi sekiranya terjadi sesuatu musibah, Nasib mungkin menyebelahi sekiranya ada pendaki lain yang lalu lalang dikawasan tersebut dan ternampak mangsa.

Nasib yang tak baik sekiranya tiada siapa yang masuk dalam laluan trail pada hari tersebut.

Sering saya tekankan kalau masuk kedalam hutan biarlah secara berkumpulan atau patner buddy mengikut kesesuaian trek dan motif expedisi.

Terkandas, tersasar laluan, tersesat

Unsur bahaya ini sangat logik sekiranya bersendirian didalam kawasan hutan. Cuba fikirkan sejenak. Seandainya pengsan dan kembali sedar beberapa jam selepas itu. Suasana hari sudah pun menjadi malam.

Jam 2 pagi suasana teramat dingin berkabus dan berangin. Bagaimanakah cara untuk keluar dari kawasan hutan? Dalam keadaan yang amat memberikan tekanan keatas diri.

Alat kelengkapan.

Bagi trail yang dirasakan sudah biasa. Sekurang-kurangnya bawalah bersama porchbag dan diisikan dengan pisau lipat bersaiz sederhana. Pemetik api. Lampu suluh. Bateri tambahan.

Pakaian bersesuaian.

Membawa jaket ringan jenis windbreaker. Dan pakaian yang boleh menghangatkan tubuh badan. Berpakaian terlampau singkat juga memberikan ancaman mangsa dirogol/cabul. Dalam hutan siapa yang tahu dah la tengah pengsan.

Tetapi sebaiknya-baiknya adalah lebih baik mempelajari ilmu pengetahuan asas survival skills . Dijamin selepas itu anda akan rasa tindakan memasuki trail hutan simpan kekal secara bersendirian adalah sesuatu perkara bahaya yang sia sia.

Kerana?

Anda tahu ke bagaimana rupanya sarang ular tedung selar? Bagaimana cara untuk mencegah dari terjadinya bahaya sekiranya berdepan dengan haiwan liar? Apakah cara untuk berdepan suasana ikhtiar untuk hidup. Dan teknik rawatan segera dengan perlbagai cara alternatif yg ada disekitar anda.

Saya pernah melihat sifat agresif ular tedung melindungi kawasannya bersarang . Rupa-rupanya ular tedung adalah spisis ular yang bersifat protective keatas telurnya. Dan ia tidak menungu didalam sarang  Sebaliknya ia menungu diluar kawasan sarang dan sekiranya ada mangsa cuba menghampiri sarangnya ia akan muncul kembangkan kepala . Dikhabarkan spisis tedung adalah spisis ular yang mengejar mangsa sehingga dapat.

Rupa bentuk sarang ular tedung adalah sama seperti timbunan daun buluh meningi. Bentuknya seperti timbunan sampah sarap untuk dibakar. Dan spisis tedung pula ia suka bersarang dikawasan hutan yang ada banyak pokok buluh.

Kerana itulah saya lihat teknik kawan saya orang asli suku kaum senoi menyembunyikan barang yang sukar dibawa dengan mengaut timbunan daun buluh dan menimbus tinggi-tinggi katanya kalau ada orang lain nampak dia takkan berani pergi dekat. Sama mcm sarang tedung.

Sumber: Iskandar Rahman Zulkarnain

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.