Siakap Keli

Telinga Anak Lebih Mudah Dijangkiti Kuman? Ini Punca dan Langkah Menanganinya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangkitan pada telinga sering kali berlaku kepada orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Situasi ini boleh berlaku disebabkan punca yang tidak serius seperti kotoran yang bertumpuk di telinga atau faktor yang lebih serius hingga memerlukan rawatan dari doktor.

Jikalau jangkitan ini berlaku pada orang dewasa pasti boleh menyebabkan rutin harian terganggu, bayangkan jikalau kanak-kanak atau bayi yang mengalaminya. Telinga mereka rasa tidak selesa tapi tidak dapat menjelaskan kepada ibu bapa mereka.

Sekiranya berlaku, jangkitan pada telinga boleh menyebabkan anak-anak mengalami gangguan tidur dan kurang makan kerana tidak selesa.

Oleh itu, kalau ada anak-anak yang mengalami jangkitan ini segeralah cari punca dan rawat mereka.

Bagaimana pula kalau dah rawat tetapi jangkitan ini tetap tak sembuh?

Entri kali ini akan berkongsi penulisan dari Dr Ezairy M.Sallih tentang sebab kenapa anak-anak kerap dan mudah dapat jangkitan pada telinga serta langkah yang boleh diambil bagi merawat jangkitan ini.

Selamat membca perkongsian ini dan semoga bermanfaat.

Image result for telinga anak kerap berair

Doktor, kenapa telinga anak saya dah beberapa bulan asyik berair saja, kering sekejap, kemudian keluar lagi… susah nak baik,” keluh si ibu.

Soalan seumpama ini bukanlah jarang ditemui oleh mana-mana doktor. Kes-kes seperti ini boleh dikatakan kerap berlaku khususnya di kalangan kanak-kanak. Persoalannya, mengapa?

Beberapa sebab mengapa anak-anak kita kerap dan mudah untuk mendapat jangkitan pada telinga. Telinga kerap berair:

1. Struktur salur dipanggil eustachian tube pada kanak-kanak yang lebih pendek dan ‘horizontal’ berbanding orang dewasa.

Image may contain: text

2. Ini menyebabkan aliran udara dan cecair daripada telinga tengah ke bahagian belakang hidung tidak begitu baik, jadi pengumpulan cecair di telinga tengah ini menyebabkan jangkitan pada telinga lebih mudah berlaku.

3. Struktur eustachian tube yang lebih ‘horizontal’ ini juga menyebabkan jangkitan daripada belakang hidung ketika sakit tekak dan selsema ini mudah untuk merebak ke bahagian telinga.

4. Apabila kita menelan, eustachian tube ini akan membuka. Sama seperti apabila bayi yang menyusu, apabila tiub ini membuka ketika menyusu, ini menyebabkan susu akan mudah mengalir ke bahagian telinga tengah dan mudah jangkitan berlaku!

Image may contain: one or more people and textNota gambar:

Saya kongsikan kepada anda dua gambar yang menjelaskan bagaimana struktur eustachian tube yang saya sebut tadi. Strukturnya yang lebih ‘flat’ pada kanak kanak menyebabkan jangkitan mudah berlaku.

Image result for sakit telinga

Petua dan langkah yang perlu anda lakukan :

1. Pastikan apabila anak anak anda mengalami sakit tekak dan selsema berlarutan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Lewat mendapatkan rawatan akan menyebabkan jangkitan merebak ke telinga.

2. Pastikan telinga anak anda kering sekiranya mengeluarkan apa-apa cecair daripada telinga.

3. Kurang dan elakkan membawa anak anak mandi di kolam atau pantai yang kotor.

4. Jangan masukkan apa2 ubat atau air untuk tujuan pembersihan telinga yang telah mengalami jangkitan.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Jika anda rasa tulisan ini amat bermanfaat. #Kongsilah kepada mereka yang anda sayang.

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar