Siakap Keli

Ulser Dalam Mulut Tak Sembuh-Sembuh Mungkin Petanda Kanser ? Ini Penjelasan Dari Doktor Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ulser yang ada di dalam mulut pastinya membuatkan kita menjadi tidak selesa sehingga boleh mengganggu rutin harian. Rasa sakit yang disebabkan ulser juga membuatkan seseorang menjadi sukar untuk makan, minum ataupun bercakap.

Antara faktor yang menyebabkan terjadinya ulser adalah luka dari tergigit bahagian mulut atau kecederaan terkena sesuatu benda dengan tidak sengaja.

Bagi merawat ulser, seseorang perlu mengenal pasti punca ianya berlaku ataupun hadir ke klinik dan hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan.

Ulser bukanlah sejenis penyakit tetapi boleh menjadi satu petanda atau simptom kepada sesuatu penyakit yang sedia ada dalam badan.

Siapa sangka sebenarnya jikalau menghidapi ulser berulang kali ataupun sukar sembuh merupakan satu petanda kanser mulut.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi penerangan dari Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebook beliau tentang kanser mulut yang boleh membahayakan kesihatan.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for ulser

Pernahkah anda mengalami ulser di dalam mulut yang tidak sembuh-sembuh? Pernah mendengar mengenai kanser mulut?

1. Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

2. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Image result for mouth cancer

3. Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :

* Lidah
* Lantai mulut
* Lapisan dalam pipi
* Gusi
* Lelangit
* Bibir bawah

Image result for smoking

4. Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan ia berlaku? Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :

* Merokok
* Mengunyah tembakau
* Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
* Minum alkohol yang berlebihan
* Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan

Image result for ulser

5. Justeru pelbagai langkah yang boleh dilakukan bagi mengenalpastinya pada peringkat awal. Pengesanan awal adalah amat penting.

* Anda perlu pastikan bahawa berada di bahawah cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan jari untuk melihat bahagian dalam mulut.

* Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.

* Cuba gunakan jari anda sendiri untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.

Sila kongsi dan # SHARE kepada orang anda sayang. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

Sumber: Dr Ezairy M Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar