Siakap Keli

13 Jam Main ‘Call of Duty’ Lelaki Tekad Pergi Syria Tentang ISIS

Ramai yang percaya bahawa permainan video hanyalah semata-mata merugikan masa kerana tidak memberi sebarang faedah kepada pemainnya.

Walau bagaimanapun, John Duttenhofer membuktikan telahan itu apabila masa 13 jam yang dihabiskan untuk bermain ‘Call of Duty’ dipersembahkan di atas ‘medan perang’ yang sebenar.

Berusia 24 tahun, Duttenhofer membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaannya di Amerika Syarikat dengan berbekalkan $7,000 untuk ke Syria dan menentang ISIS.

Menurutnya kemahiran dan jenis-jenis peralatan yang selalu digunakan didalam permainan video itu membantunya berperang di kehidupan yang sebenar.

“Permainan video itu bantu saya tahu strategi untuk tidak dibunuh.  Bezanya bermain secara virtual dan berperang di dunia sebenar, anda hanya ada 1 peluang sahaja untuk hidup.  Sekali ditembak, anda akan mati dan tiada lagi peluang kedua.”

“Saya terkejut apabila pertama kali sampai ke sana.  Ia bukan perkara yang main-main.  Peluru berterbangan, bukan lagi daripada efek komputer.”

“Saya tak pernah takut untuk mati atau cedera, permainan video itu dah bantu saya persiapkan diri dengan menggunakan alat perlindungan dan tidak berdiri di kawasan terdedah.”

Duttenhofer masuk ke Syria melalui Jerman dan dibawa oleh koordinator dan sukarelawan ke timur laut Syria untuk berlatih sebelum masuk ke medan peperangan.

Namun kini Duttenhofer sudah pulang ke Amerika Syarikat setelah melihat rakannya meninggal dunia dalam sebuah letupan Oktober lalu.

Sumber: Daily Star

Nur Farra