Siakap Keli

Al Jazeera Rangkul Anugerah ‘Interview Of The Year’ Kerana Wawancara Bersama Najib

Wawancara stesen TV Al-Jazeera bersama mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya merangkul anugerah dalam UK Royal Television Society’s (RTS) bagi kategori ”Interview of the Year: Malaysia: Najib Speaks – 101 East.”

Melalui laman web rasminya, Royal Television Society, juri berpendapat wawancara bersama Najib menonjolkan contoh ”keberanian, ketabahan dan kebolehpercayaan yang tidak dapat dilihat.”

”Walaupun ceritanya memberi tumpuan kepada isu yang sedikit diketahui sebelum wawancara, ini tidak mengurangkan kemampuan penonton untuk memahami apa yang dilakukan oleh orang yang diwawancara,” kata mereka.

Malah, juri turut berpendapat pendekatan penemubual adalah menarik, pengetahuannya sangat tinggi dan keupayaannya untuk menggabungkan kesemuanya agak luar biasa.

Najib sebelum itu telah menimbulkan kontroversi dalam wawancara bersama Al-Jazeera kerana bertindak keluar ketika siaran selepas didesak dengan pelbagai soalan ‘panas’ oleh penemubual Mary Ann Jolley.

Dalam rakaman tersebut, beliau telah meminta Jolley mengemukakan soalan berkaitan ekonomi negara tetapi apabila dia melakukan sebaliknya, Najib bertindak berdiri dan meminta untuk keluar dalam keadaan marah.

Najib akhirnya duduk semula tetapi apabila berterusan diajukan soalan lain, beliau akhirnya bertindak untuk terus keluar daripada wawancara berkenaan. Namun, beliau telah meminta maaf dan akan menerima sebarang permintaan daripada Al-Jazeera untuk temubual lain.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di