Siakap Keli

Alami Masalah Pernafasan Dua Tahun Tak Sembuh-Sembuh, Rupanya Ada Gigi Yang Tumbuh Dalam Hidung Lelaki Ini

Setelah mengalami masalah pernafasan dan hidung tersumbat selama dua tahun, akhirnya seorang lelaki mengetahui rupanya terdapat sebatang gigi yang tumbuh hidungnya.

Lelaki berusia 59 tahun itu pergi ke hospital dan mengadu kesakitan yang dialaminya selama dua tahun tak sembuh-sembuh.

Menurutnya, lubang hidung sebelah kirinya tersumbat, berair tanpa henti dan juga hilang deria bau.

Doktor yang melakukan ujian x-ray kepadanya mendapati terdapat lekuk di bahagian tengah hidungnya selain menemui sesuatu objek keras di rongga hidungnya.

Lelaki tersebut selamat menjalani pembedahan bagi membuang gigi yang tumbuh dalam hidungnya dan dilaporkan stabil tanpa ada sebarang masalah yang lain.

Meskipun punca sebenar ketumbuhan itu belum dapat dikenal pasti, doktor yang terlibat mengganggap ianya mungkin disebabkan trauma pada wajah pesakit berikutan hidungnya pernah patah ketika dia muda dulu.

Mereka juga berkata mungkin gigi itu sudah lama tumbuh di dalam hidung pesakit itu namun dia hanya baru menyedarinya sekarang.

Sumber: Iflscience

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar