Siakap Keli

Bayi Perempuan Patah Hidung Jatuh Ditangga Pesawat Terlepas Dari Pegangan Pramugara

Seorang bayi perempuan menderita patah tulang hidung selepas terjatuh dari buaian mudah alihnya dan terkena pada tangga pesawat di Russia.

Bayi berusia lima bulan itu dikatakan terjatuh disebabkan pramugara pesawat berkenaan yang cuai ketika membawanya turun dari kabin.

Akibat dari insiden itu, dia disahkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tulang hidung sebaik sahaja dikejarkan ke hospital berdekatan.

Ketika kejadian, pramugara tersebut menawarkan bantuan untuk mengangkat bayi itu berikutan ibunya membawa banyak barang.

Bagaimanapun, menurut anak kapal tersebut, dia membawa buaian itu tanpa menyedari kalau tali pinggang keselamatan bayi itu tidak dipasang menyebabkan dia terjatuh.

Jurucakap dari pihak penerbangan itu memohon maaf atas kejadian yang tak disengajakan dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Sumber: Mirror.Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar