Siakap Keli

Berang Tak Beritahu Siapa Yang Telefon Pada Tengah Malam, Wanita Tembak Suami Hingga Cedera Parah

Seorang lelaki di utara Thailand cedera parah akibat ditembang isterinya yang berang kerana dia enggan memberitahu siapa yang menelefonnya sewaktu mereka sedang menikmati makan malam pada malam sambutan hari Valentine.

Isterinya yang berusia 44 tahun berang pada awal pagi hari kejadian kerana pertanyaanya tidak dijawab dan menghalau suaminya keluar dari rumah.

Image result for dr ratthasat shot by wife daily news

Enggan mengikuti arahannya, wanita tersebut bergelut dengan suaminya sebelum mencapai pistol 9mm dan tertembak di bahagian pipi lelaki tersebut.

Wanita itu panik segera menghubungi polis dan bantuan kecemasan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pihak berkuasa mendapati keadaan bilik yang bersepah dan mangsa sedang terbaring berlumuran darah.

Wanita tersebut kini berada dalam tahanan polis bagi membantu siasatan dan akan dibicarakan atasan kesalahan cubaan membunuh manakala mangsa masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital.

Sumber: The World News

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar