Siakap Keli

Betul Ke Anak Kedua Sering Diabaikan Ibu Bapa? Kesilapan Kecil Tapi Beri Kesan Selamanya, Ini Cara ‘Topup’ Emosi Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap ibu bapa di dunia ini pasti mahu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Jika memiliki lebih dari seorang anak, kasih sayang perlu diberikan sama rata agar anak-anak tidak rasa tersisih atau diabaikan.

Tetapi, sebagai manusia, pasti kita tak lepas dari melakukan kesilapan. Kadangkala ibu bapa terlepas pandang atau tersalah laku menyebabkan anak terabai.

Kadangkala sikap anak memberontak itu mungkin sebagai petanda bahawa mereka kehausan kasih sayang atau terasa di abaikan apatah lagi jikalau memiliki kakak, abang atau adik.

Tapi betulke anak yang sering diabaikan itu adalah anak kedua?

Kalau rasanya anda terbuat anak kedua terasa diabaikan tanpa sedar, haruslah ‘topup’ kembali emosi mereka supaya tidak terganggu kerana kesan buruknya boleh berpanjangan.

Ikuti perkongsian pengalaman dari saudara Taufiq Razif tentang isu ini dan cara untuk mengisi balik jiwa anak-anak yang kosong kerana rasa diabaikan.

Selamat membaca!

Image result for ignored second child

Tiba-tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni, Muhammad Solahuddin.

Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji kaji balik, bukan sebab tak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan tu tak seimbang.

Solahuddin ni anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% je lah!

Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency : Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ni mungkin akan bersifat REBELLIOUS!

Image result for ignored child

Mengikut kajian tu lagi, anak kedua ni akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!

Kenapa? Sebab anak kedua ni biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN ( less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!

Sebak!

Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.

Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut.

Caranya adalah :

– Banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua.

– Banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur.

Image result for anak diabaikan

–  Bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU

–  Kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya.

– Ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga.

p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar