Siakap Keli
Gambar Hiasan - Google

”Biarlah Anak Kecil Suka Sepahkan Rumah, Asal Otaknya Diasah,” Pesanan Doktor Ini Untuk Semua Ibu Bapa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Yang ada anak kecil,mesti tahukan perasaan macam mana bila tengok rumah yang bersepah dengan barang mainan. Tambah-tambah bila penat balik kerja, buka jer pintu terus nampak mainan anak-anak ada di segenap penjuru rumah.

Tapi janganlah marah anak-anak, sebenarnya ada kebaikkan jika anak meluangkan masa bermain dengan mainan mereka. Cuma anda kena pastikan la jenis mainan yang bermanfaat untuk perkembangan minda anak-anak anda.

Pernah dengar istilah Spatial Ability? Kelebihan ini sebenarnya banyak membantu kemampuan anak-anak anda di alam pekerjaan nanti, dan yang paling best, kelebihan ini boleh dinina melalui permainan yang kita beli untuk anak-anak waktu mereka masih kecil. Permainan macam mana? Jom ikuti perkongsia Dr Taufiq Razif di bawah ini.

Anak Sepahkan Rumah?

Baca Info Ni Kalau Nak Anak Jadi Hebat Dalam SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERINGDAN MATEMATIK.

Maryam Soolihah ni kalau dia diam je mesti tengah buat 2 benda ni. Samada dia tengah main alat mekap Ummi dia ataupun dia tengah main Lego.

Cuma bila dia main Lego ataupun Toys Blocks ni memang rumah saya ni jadi macam reban sikit lah. Bersepah habis! Tapi sebab saya tahu kebaikan main blocks ni semua, saya jadi sejuk la sikit sebab saya tahu benda ni akan sangat berguna untuk dia suatu hari nanti.

Sebab main Toys Blocks ni akan kuatkan ”SPATIAL ABILITY” si Maryam Soolihah ni!

Dengan spatial ability ni la si Maryam Soolihah boleh melihat sesuatu tu dengan pandangan 3D

Dengan spatial ability yang bagus la seorang doktor boleh tahu kedudukan organ badan. Dengan spatial ability ni la seorang arkitek boleh design rumah yang canggih.

Dengan spatial ability yang diasah ni juga la si Maryam Soolihah boleh selesaikan masalah matematik yang rumit bila dah besar nanti!

Nampak simple kan main benda ni tapi sebenarnya efeknya sangat hebat bila dah besar nanti. Jom belikan anak kita Toys Blocks. Biarlah anak menyepah, asal otaknya diasah.

Taufiq Razif
Bekas Abi Yang Menyampah
Bila Anak Menyepah

p/s : Sekarang ni dah okey sikit rumah bila saya dah ajar anak mengemas sendiri bila dah habis main. Nanti saya ajar cara nak asah spatial ability ni dengan cara berbual je ( spatial talk ) di Telegram saya. Install Telegram dan klik je sini : t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Dr. Taufiq Razif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.