Siakap Keli

Difteria Tidak Boleh Dipandang Ringan, Tolong Ambil Tahu Bagaimana Jangkitan Boleh Berlaku

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu virus difteria merupakan topik hangat yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini.Wabak difteria pada awalnya berlaku di di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an dimana ianya merupakan jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan seseorang. Penyakit ini melibatkan kanak-kanak berumur dibawah 15 tahun yang tidak mengambil suntikan imunisasi.

Terbaru, lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.

Sebenarnya, tidak kira penyakit apapun, kita tidak boleh memandang mudah tanpa mengambil tahu lebih lanjut tentang penyakit itu kerana ianya boleh membawa kemudaratan sekiranya tidak di ambil peduli.

Ikuti perkongsian tentang penyakit difteria yang ditulis oleh Dr. Ezairy M.Sallih bagi menjelaskan sedikit sebanyak info penyakit ini.

Semoga bermanfaat.

Related image

Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.

▪️Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.

1. Cairan pernafasan pesakit

2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit

3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan

Image result for diphtheria

▪️Kenalpasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!

1. Sakit pada tekak

2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman

3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya

4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan

5. Bengkak pada kelenjar leher

Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.

Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.

Image result for diphtheria

▪️Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?

1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan

2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher

3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung

Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.

Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.

Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar