Siakap Keli

Hanya Kerana Berebut Sepit Ketam Di Restoran, Dua Pelanggan Di Reman Polis

Dua orang pelanggan terdiri daripada lelaki dan wanita ditahan pihak polis selepas didapati bergaduh hanya kerana rebutkan sepit ketam di sebuah restoran di Alabama.

John Chapman dan Chequita Jenkins dilaporkan menggunakan alat penyepit makanan sebagai senjata untuk mereka berkelahi.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka sedang beratur dalam barisan sementara menunggu hidangan sepit ketam itu sampai namun setelah hampir 10 minit menunggu, tiba-tiba kedua mereka bergaduh sesama sendiri.

Salah seorang pegawai polis yang berada di lokasi kejadian segera meleraikan pergaduhan itu yang telah menyebabkan barang-barang pingan mangkuk di restoran itu pecah.

Setelah disiasat, kedua mereka mengaku hilang pertimbangan dan tidak boleh mengawal emosi kerana berebutkan makanan itu.

Keduanya ditahan reman bagi membantu siasatan dan dikenakan sejumlah denda bagi membayar balik kerosakan yang berlaku.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar