Siakap Keli
Pills and capsules in medical vial

Hidapi Kedua-Dua Penyakit Serentak, Ini Dua Jenis Ubat Darah Tinggi Yang Tak Disesuai Dimakan Oleh Pesakit Asthma

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walau apa jenis penyakit pun yang dihidapi, kita tidak boleh memandang ringan dan harus segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

Selepas berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan pula, kita mestilah mengambil ubat mengikut saranan mereka untu membantu merawat sakit.

Tetapi, dalam memilih ubat juga kita perlu berhati-hati kerana siapa sangka ianya boleh membawa kesan buruk.

Contohnya pesakit yang menghidapi asthma dan darah tinggi pada masa yang sama tidak boleh mengambil ubat-ubat jenis tertentu.

Ikuti penerangan dari Dr Khairul Faizie di laman Facebook beliau tentang dua jenis ubat darah tinggi yang tidak sesuai untuk dimakan oleh penghidap asthma.

Selamat membaca!

Kalau anda ada ASTHMA, dan dalam masa yang sama ada DARAH TINGGI, pastikan doktor beri anda ubat darah tinggi yang sesuai. Kadangkala, doktor TERLUPA nak tanya tentang sejarah penyakit anda sebelum mula beri rawatan. So, always be proactive. Inform your doctor tentang apa jua masalah kesihatan yg sedia ada.

Ada banyak jenis ubat darah tinggi, dan ubat darah tinggi dari 2 jenis ini, TIDAK SESUAI untuk mereka yang ada asthma.

Image result for asthma

1) Ubat darah tinggi dari jenis Beta Blocker.

Ubat darah tinggi dari jenis Beta Blocker ini kalau diambil oleh pesakit asthma, ia boleh cetuskan attack asthma anda, iaitu anda boleh mula rasa sesak nafas / ketat dada.

Contoh Beta Blockers:

– Atenolol ( brand name biasa: Tenormin, Normaten, Ternolol)
– Metoprolol ( brand name biasa: Betaloc)
– Propanolol ( brand name biasa: Inderal)
– Bisoprolol ( brand name biasa: Concor, Lodoz, Bisocor)
– Carvedilol ( brand name biasa: Dilatrend)

Tengok pada label ubat ( bukan brand name). Senang cerita, nama ubat yang berakhir dengan LOL ( bukan laugh out loud yerrr ), ialah ubat Beta Blocker.

Ubat jenis Beta Blocker juga digunakan dalam penyakit selain darah tinggi, contohnya:

– Lemah jantung
– Migraine
– Glaucoma
– Hyperthyroid

So kalau adan ada penyakit2 tersebut, rujuk dengan doktor yang merawat dan tanya betul2 jenis ubat yang anda terima.

Image result for ace inhibitors medicine

2) Ubat darah tinggi dari jenis ACE Inhibitor.

Ubat darah tinggi jenis ACE Inhibitor ini kalau diambil oleh pesakit asthma, ia boleh cetuskan batuk yang kronik. Batuk nya bersifat kering ( dry cough).

Contoh ACE Inhibitor:

– Enalapril ( brand name biasa: Renitec, Acetec)
– Captopril( brand name biasa: Apuzin)
– Perindopril ( brand name biasa: Covapril,Coveram, Coversyl, Covinace, Perinace, Provinace )

Tengok pada label ubat ( bukan brand name). Senang cerita, nama ubat yang berakhir dengan PRIL, ialah ubat ACE Inhibitor.

Kesan sampingan batuk kering kerana ACE Inhibitor ini, boleh juga dialami oleh mereka yang tiada asthma. So kalau anda ada batuk kering yang agak lama, check kalau kalau anda sedang menerima rawatan ubat darah tinggi jenis ACE Inhibitor.

Sumber: Dr Khairul Faizie

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar