Siakap Keli

Kanak-Kanak Dijual Oleh Ibu Dan Ayah Kandung Sendiri Selamat ‘Dipulangkan’ Semula Kepada Datuk Dan Neneknya

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang dijual oleh ibu bapa kandungnya berjaya dikembalikan semula ke pangkuan datuk dan neneknya di wilayah Fujian, China.

Pegawai polis di Jinjiang mengembalikan kanak-kanak itu kepada datuknya selepas dia ditemui bersama pasangan yang membelinya ketika dijual oleh ibu bapa kandungnya.

Kanak-kanak lelaki itu dijaga oleh datuk dan neneknya sebelum ibu dan bapanya datang mengambil dan menjualnya kepada orang lain tanpa mereka sedari.

Datuknya hanya mengetahui kalau cucunya sudah dijual hanya selepas melawat bapa kepada kanak-kanak itu yang ditahan polis atas kesalahan dadah.

Dalam pertemuan yang menyayat hati tu, kelihatan datuk kepada kanak-kanak itu menangis tersedu-sedu kerana tidak menyangka akan bertemu semula dengan cucunya.

Sementara itu ibu dan bapa kepada kanak-kanak itu didakwa atas kesalahan yang dilakukan dan pasangan yang membeli kanak-kanak itu turut direman bagi membantu siasatan.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar