Siakap Keli

Kenapa Tak Hukum Terus? Ikuti Penjelasan Peguam Mengenai Proses Pendakwaan Di Mahkamah

Baru-baru ini ini keputusan untuk membebaskan seorang warga emas atas kesalahan menghina Nabi dan agama dengan ikat jamin polis telah mencetuskan tanda tanya dalam masyarakat.

Pelbagai cakap-cakap timbul, ada yang mengatakan hukuman yang diberikan tidak setimpal dan ada juga yang meminta warga emas tersebut tidak dibebaskan.

Tetapi betul ke tertuduh sudah dihukum? Kenapa tidak dipenjara? Kenapa tidak diberi hukuman terus dan kenapa polis memberi ikat jamin terhadap individu yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat?

Semua jawapan tersebut boleh anda perolehi dengan mengikuti penjelasan yang diberikan oleh seorang peguam, Mohd Redzuan Mohamed Yusoff daripada The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad di bawah.

Siasatan tak semestinya memerlukan saspek dalam tahanan. Reman bukan hukuman. Suspek telah dituduh, dan tidak mengaku. Maka proses seterusnya adalah persediaan untuk perbicaraan.

Semua salinan bukti-bukti akan diserahkan kepada saspek atau peguam suspek untuk tujuan perbicaraan. Disinilah pentingnya siasatan yang lengkap dan menyeluruh.

Kenapa tak Hukum terus?

Setiap kali ada suspek yang dibawa ke Mahkamah, mahkamah akan tanya sama ada dia mengaku salah atau tak. Kalau dia mengaku, Mahkamah akan terus Jatuh Hukum. Ye la, dah mengaku, nak apa lagi kan?

Kalau dia tidak mengaku bersalah, Mahkamah tak boleh terus Jatuh Hukum. Mahkamah perlu jalankan perbicaraan penuh, panggil saksi, tengok bukti, nilai semua benda.

Proses ni makan masa, polis perlu aturkan saksi untuk hadir, bawa bahan bukti ke mahkamah etc. Jadi mahkamah akan bagi tarikh baru untuk pengurusan dan seterusnya bicara.

Hujung bicara nanti Mahkamah kena tentukan dia salah atau tak. Kalau tak, kena lepas la. Kalau salah, jatuh hukum. Sementara nak tunggu semua ni, Mahkamah akan bagi jamin dulu dengan syarat-syarat tertentu.

Jamin

Untuk kes ni, suspek telah dibenarkan jamin oleh Mahkamah. Prinsip dia mudah: seseorang itu adalah tidak bersalah selagi Mahkamah belum dapati dia bersalah.

Oleh itu, dia tidak wajar di tahan lokap sehingga bicara selesai.

Konsep jaminan ni sebenarnya untuk pastikan dia datang mahkamah ikut tarikh dan masa. Kalau tak datang, mahkamah akan keluar waran tangkap, rampas duit jamin dan tak benarkan jamin lagi.

Biarlah proses yang sewajarnya berjalan.

#thelawchambersofRedzuanandFaiezad
#tlcrf

Sumber: Mohd Redzuan Mohamed YusoffThe Law Chambers Of Redzuan & Faiezad

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.