Siakap Keli

Mangsa Culik Di China Kembali Ke Pangkuan Keluarga Setelah 31 Tahun Terpisah

Seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa culik di China kembali ke pangkuan keluarganya selepas 31 tahun terpisah.

Majlis menyambut kepulangannya diadakan secara meriah dan dihadiri ratusan orang yang terdiri dari ahli keluarga dan rakan-rakan di wilayah Sichuan, China.

Rakaman video mengenai sambutan kepulangannya tular di media sosial menampakkan Cheng Xueping meletut dan menangis teresak-esak ketika memeluk ibu bapa yang telah lama terpisah.

Menurut laporan tempatan, Cheng telah mencari ibu bapa kandungnya selama bertahun-tahun tetapi pencariannya sering menemui jalan buntu.

Sewaktu kejadian pada tahun 1988, Cheng yang berumur tiga tahun pada ketika itu diculik dari tapak pembinaan tempat ibu bapanya bekerja dan hilang tanpa sebarang khabar berita sejak hari itu.

Image result for Cheng Xueping meet his parents after 31 years

Ibu bapanya berusaha mencarinya serata negara China selain memberi DNA ke pihak polis bagi mencari anaknya yang hilang.

Bagaimanapun, mereka akhirnya mengetahui bahawa anaknya yang diculik telah dijual ke sebuah perkampungan di utara China dan pada ketika itu, sindiket penculikan kanak-kanak sememangnya berleluasa di sana.

Menurut Cheng, dia dapat merasakan kelainan apabila dia dibesarkan di rumah orang lain selain bercakap dalam dialek yang berbeza sehingga dia menyedari bahawa orang yang menjaganya bukanlah ibu bapa kandungnya.

Sejak itu, dia mula mencari keluarganya dengan pelbagai cara termasuklah memberi sampel DNA miliknya kepada pihak polis dan akhirnya mereka menemui DNA milik ibu bapanya yang di beri 31 tahun lalu.

Akhirnya, ibu bapa dan anak ini berjaya ditemukan dalam momen yang menyentuh hati dan ibu bapa Cheng menyatakan rasa bersyukurnya dapat berjumpa semula dengan anaknya selain pertama kali melihat menantu dan cucunya.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar