Siakap Keli

Mengapa Difteria Sangat Bahaya Sehingga Mengancam Nyawa?, Ini Penjelasan Dari Doktor Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wabak difteria pada awalnya berlaku di di Rusia, Ukraine, Mongolia dan Ecuador pada tahun 90-an dimana ianya merupakan jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan seseorang. Penyakit ini melibatkan kanak-kanak berumur dibawah 15 tahun yang tidak mengambil suntikan imunisasi.

Baru-baru ini, seramai lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Penyakit ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ianya sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Kepada pembaca-pembaca yang masih belum faham tentang bahaya difteria, entri kali ini akan berkongsi tentang mengapa difteria amat berbahaya yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for virus difteria

Mengapa Difteria Amat Berbahaya!

–  Difteria adalah penyakit berjangkit yang amat serius dan boleh mengancam nyawa.

– Ia sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.

– Walaupun dengan rawatan perubatan penuh diberikan oleh para doktor, ia boleh menyebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!

– Difteria adalah berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).

– Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.

– Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!

Image result for virus difteria

– Difteria juga boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).

– Sebelum vaksin diperkenalkan pada tahun 1942, difteria menjadi penyakit biasa di kalangan kanak-kanak yang membunuh dengan purata 3,500 kanak-kanak setahun di UK! Kini Ia amat jarang atau hampir tidak dapat dilihat di negara-negara seperti UK lagi kerana vaksinasi.

– Walau bagaimanapun, penyakit ini masih boleh ditemui di beberapa bahagian dunia (contohnya, Rusia, India, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika Selatan). Kini di negara kita!

– Anda yang akan ke kawasan-kawasan ini adalah berisiko dan boleh membawa jangkitan difteria kembali ke sini. Oleh itu, sila update status vaksinasi anda.

Hati-hati.

Nota kaki : 
Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti. Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.

#SEBARKAN info ini supaya lebih ramai antara kita cakna tentang bahaya penyakit ini.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar