Siakap Keli

Menteri Pelancongan Nepal Maut Nahas Helikopter Terhempas

Kathmandu: Menteri pelancongan Nepal antara tujuh mangsa yang maut dalam nahas helikopter di kawasan berbukit di wilayah Taplejung, Nepal pada Rabu lalu.

Rabindra Adhikari bersama tujuh orang yang maut termasuk juruterbang sedang dalam perjalanan menuju ke tapak pembinaan lapangan terbang di timur negara itu sebelum terhempas di kawasa berbukit dengan ketinggian 3,900 meter dari paras laut hanya 10 minit selepas mereka berlepas.

Menurut penduduk tempatan, mereka menyedari ada helikopter yang terhempas selepas melihat percikan api disertakan bunyi letupan kuat dan ketika mendekati lokasi kejadian, mereka mendapati terdapat bangkai helikopter.

Pasukan penyelamat tiba sejurus dimaklumkan tetapi tidak dapat mendarat di lokasi kejadian berikutan cuaca yang buruk.

Kesemua mayat telah ditemui dan tubuh milik Rabindra telah dikenal pasti.

Sumber: IndianExpress

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar