Siakap Keli

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dirogol oleh kekasih neneknya sendiri selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Argentina.

Kanak-kanak itu melahirkan pada Rabu lalu melalui pembedahan Czer berikutan tubuh badannya yang kecil masih lemah untuk melakukan proses bersalin normal.

Menurut salah seorang jururawat di hospital tersebut yang menjaga kanak-kanak itu, dia meminta izin untuk bermain anak patung sambil mendengar lagu religi sebelum masuk ke dewan bedah.

An 11-year-old girl who was in her 23rd week of pregnancy gave birth to a boy Wednesday at Eva Perón Hospital in the northwest Argentine province of Tucumán

Bayi lelaki yang selamat dilahirkan itu bagaimanapun diletakkan di unit rawatan rapi berikutan keadaannya masih lemah.

Kanak-kanak perempuan itu didapati mengandung selepas mengadu perutnya sakit sebelum memberitahu bahawa dia dirogol oleh kekasih neneknya sendiri.

Dia sempat diugut oleh perogol itu untuk tidak membocorkan rahsia atau dia akan dibunuh namun akhirnya memberitahu kepada doktor yang memeriksanya tentang hal itu berikutan tidak tahan menanggung sakit perutnya.

Setelah didapati mengandung, kanak-kanak itu tidak dibenarkan menjalani proses pengguguran walau apa cara sekalipun berikutan undang-udang Argentina yang melarang kanak-kanak menjalaninya.

Sementara itu, kekasih kepada nenek mangsa diberkas serta merta dan berada dalam tahanan polis sementara tunggu proses perbicaraan.

Sumber: Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar