Siakap Keli
Gambar : Bernama

Papagomo Didakwa Di Mahkamah Esok

Kuala Lumpur : Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo akan didakwa di Mahkamah Kajang esok (28 Feb) kerana dipercayai terlibat dalam insiden mengasari Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdulllah berkata lelaki berusia 36 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Sebelum ini, pengadu (Syed Saddiq) mendakwa diserang oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional dan telah dicekik oleh Papagomo,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Anggota Parlimen Muar itu sebelum ini, mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang sebaik keluar dari pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.