Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Pemandu Panik, Lori Undur Rempuh 12 Kenderaan

KUALA LUMPUR 28 Feb (Bernama) — Dua belas kenderaan rosak teruk manakala seorang lelaki cedera ringan apabila sebuah lori yang diparkir mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan melanggar semua kenderaan itu dalam kejadian di KM 16 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala ke Rawang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu melibatkan 10 buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

“Siasatan awal mendapati kemalangan bermula daripada sebuah lori yang membawa muatan batu ‘block’ yang berhenti di laluan kiri kerana mengalami kerosakan.

“Setelah berhenti dan menarik brek tangan, pemandu berusia 39 tahun itu keluar dari kenderaannya bagi mencari batu untuk diletakkan dibelakang tayar lori, namun gagal apabila secara tiba-tiba lori terbabit bergerak mengundur dan melanggar 11 kenderaan yang berada di belakangnya,” kata beliau.

Susulan kemalangan itu, kebanyakan kenderaan mengalami kerosakan teruk dan seorang penunggang motosikal cedera ringan pada bahagian dahi.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di