Siakap Keli

Pengaruh Iklan Susu Formula Terlalu Kuat Punca Hanya Tinggal Segelintir Ibu Yang Masih Beri Anak Susu Badan

Kekuatan pengaruh iklan susu formula di China telah menyebabkan tinggal 30 peratus bayi di sana menerima susu badan yang asli tanpa sebarang campuran, menurut kajian yang dilakukan oleh Institusi Kajian yang menginginkan iklan susu fomula dikurangkan.

Pusat Organisasi Kesihatan Dunia menyarankan bayi enam bulan kebawah diberikan air susu ibu bagi menjana sistem imunisasi badan mereka namun di negara China, hanya 29 peratus ibu yang menyusukan anak mereka sendiri tanpa campuran susu formula.

Di kota pesat, 36 peratus dari penduduknya yang menyusukan anak sementara di bandar kecil sebanyak 23 peratus manakala di luar bandar seramai 28 peratus.

Image result for baby drinking milk

Iklan susu formula yang menggantikan susu badan terlalu berleluasa di negara tersebut dan muncul di mana-mana platfom atau media menyebabkan ramai ibu-ibu yang terpengaruh untuk memberi bayi mereka susu formula.

Mereka dipengaruh dengan kenyataan bahawa susu formula lebih berkhasiat dan tidak membawa sebarang penyakit.

Terdahulu, seramai enam orang bayi disahkan meninggal dan kira-kira 300,000 bayi menderita masalah buah pinggang akibat dari diberikan susu formula secara berterusan.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar