Siakap Keli

”Punya La Cikgu Sayang, Siap Berdukung Masuk Kelas” Pengorbanan Guru Demi Anak Murid

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru dalam mendidik anak bangsa tidak terbalas budinya hingga ke akhir hayat. Selepas ibu bapa, kerana gurulah kita mencapai kejayaan pada hari ini. Kerana itulah, kita harus sentiasa menghormati mereka kerana keberkatan ilmu itu terletak pada redha seorang guru.

Lucu apabila melihat perkongsian gambar oleh seorang guru Yusmie Yusoff melalui Facebooknya mengenai ragam anak-anak murid di sekolah rendah yang tidak mahu ke sekolah. Dicempungnya anak murid itu dengan penuh kasih sayang, manakala guru di belakang masih memujuk seorang lagi murid dengan penuh diplomasi.

Biarpun geli hati melihat teletah mereka, namun inilah bukti pengorbanan guru yang bukan hanya sekadar menyandang gelaran pendidik. Mereka bekerja sepenuh hati, matlamat utama adalah demi mendidik anak bangsa untuk berjaya. Tahniah cikgu.

Aku pujuk2, usap2 belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya le cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.

Anak aku 3 orang pun tak peronah aku buat macam tu kat deme. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung le kome… Kalau zaman muda dulu memang udah ku tangankan je. Dah tua2 ni maleh dah nak buat itu semua. Udah insaf..

Sumber : Yusmie Yusoff

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.