Siakap Keli

 Redakan Resdung Dan Gatal Mata Dengan Petua Air Rebusan Yang Dikongsi Wanita Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tahukah anda kalau anak-anak kecil juga boleh terdedah dengan virus resdung jikalau mereka mengalami selesema dan masalah hidung tersumbat sejat dari bayi lagi. Jikalau ada ibu abpa yang mengalami penyakit seperti resdung, eczema dan asthma, anak lebih berisiko dijangkiti penyakit tersebut.

Resdung atau allergic rhinitis ni memanglah berpunca dari alahan samada secara langsung ataupun dari pemakanan. Nak kurangkannya perlu elakkan punca alergi dan pengambilan ubat yang disyorkan. Tapi bila dah ambil ubat pun, kadang-kadang ambil masa  nak tunggu ubat berkesan sepenuhnya terutama kalau mata bengkak dan gatal ni.

Image may contain: one or more people and close-up

Selain mengambil ubat-ubatan yang disyorkan, mungkin ibu bapa juga boleh mencuba rawatan alternatif atau penggunaan herba-herba yang selamat di rumah bagi meredakan simptom ini.

Seperti yang dilakukan Puan Yatie Eimra dirumah bagi merawat resdung yang dialami anaknya. Beliau menggunakan daun-daun herba yang mudah untuk didapati dan dijadikan air rebusan bagi mengurangkan resdung dan gatal mata.

Ikuti perkongsian bermanfaat ini dan selamat mencuba!

Related image

Fydh ni ada resdung mungkin sebab faktor keturunan jugak. Tiap kali kena selesema je, mesti mata merah. Kalau terkena alergen secara direct atau tersalah makan makanan yang dia alergi lagi la teruk resdungnya. Sepanjang Fydh selesema dan batuk baru-baru ni, mata dia merah, bengkak dan gatal. Hidung tak payah cakaplah, tersumbat dan asyik gatal je.

Sebelum ni memang bawak Fydh ke klinik bila resdung, tapi sekarang ni amek ubat homeopati lak. Walaupun nampak resdung makin kurang, tapi bila gatal matanya datang, kesian gak tengok anak asyik tergosok-gosok mata jer. Macam biasalah, saya ni kalau takde petua dan herba, tak sah. Kali ni saya buatkan air rebusan daun untuk kurangkan mata bengkak dan gatal akibat resdung.

Air Rebusan Daun

Bahan-bahan:

7 helai daun sirih
7 helai daun pandan
1 batang kayu manis (saiz kecil/sederhana)
2-3 keping hirisan lemon
4 cawan air (1 liter)

Image may contain: food

Cara-cara:
1. Perah jus lemon & ketepikan (Lemon ni optional je, fungsinya nak bagi cepatkan sikit berhenti selesema)
2. Ramas²kan daun sirih & daun pandan supaya minyak patinya mudah keluar. Rebus daun sirih, daun pandan, kayu manis & kulit lemon dalam 4 cawan air.
3. Bila air tinggal separuh, tutup api. Keluarkan kayu manis (kalau dibiarkan lama, nanti air jadi pedih bila terkena mata)
4. Biarkan 5-10 minit sebelum campurkan jus lemon.

Cara Guna:

Stimkan Muka
Cara ni antara cara yang paling cepat berkesan sebab bila stimkan muka & sedut wap panas tu boleh kurangkan sumbatan pada rongga sinus. Tapi kaedah ni lebih sesuai digunakan untuk orang dewasa sebab budak² kecil ni susah sikit nak suruh dia sedut wap air tu, disamping agak bahaya sebab air panas.

 – Sebagai Air Mandian
Untuk anak² kecil, cara ni yang paling praktikal & mudah nak buat. Lepas mandikan anak, gunakan air rebusan sebagai bilasan terakhir. Jangan lap bahagian muka & kepala, biarkan kering sendiri supaya air meresap dalam kulit. Selalunya saya buat cara ni untuk anak.

Image may contain: one or more people and close-up

 – Air Basuhan Muka/Mask Muka
Saya gunakan baby wipes sebab tak mudah koyak (sebaik²nya wipes organic/non alcohol). Basuh/bilas baby wipes beberapa kali sehingga bersih (sampai takde rasa licin²) & perah. Potong baby wipes seperti dalam gambar. Asingkan sikit air rebusan, biarkan suam² kuku. Gunakan sikit untuk basahkan muka, kemudian celup baby wipes dalam baki air tadi. Perahkan sikit supaya tak banyak sangat air menitis & letak pada muka sebagai mask. Biarkan 5 minit atau sehingga kering. Boleh ulang beberapa kali.

*Dak Fydh ni tak boleh letak lama² kat muka sebab tak boleh duduk diam. Masa letak wipes ni, saya suruh dia kira 1-10, ulang 2x dalam bm, english & bahasa arab (± 1 minit). Lepas 5-10 minit, baru buat lagi.

Image may contain: one or more people and close-up

 

– Pes Untuk Sapuan Pada Muka
Toskan daun. Tumbuk/blend daun & sapukan pada muka. Biarkan sekurang²nya 5 minit. Cara ni juga lebih sesuai untuk orang dewasa.

Setakat yang saya buat ni, tak pernah la pulak keluar ulat ke cacing ke. Tapi lepas guna air rebusan daun/pes ni kepala memang rasa ringan je. Bagi yang tak nak gunakan daun sebagai pes, boleh rebus daun ni 2 kali. Tapi kali ke-2 ni gunakan 3 cawan air je dan direbus sampai tinggal secawan jer (air lagi sikit, tapi lagi lama masa merebus)

– Gunakan ½ je jika kayu manis bersaiz besar. Kayu manis ni bersifat panas, kalau banyak sangat nanti pedih kalau air terkena mata
– Kayu manis & semua daun ni boleh kurangkan gatal akibat resdung. Boleh gunakan salah 1 atau gabungan mana² bahan yang ada, tapi kesan tak secepat gunakan kesemua bahan ni la..
– Kalau rajin, masa basahkan muka/sebelum tepek wipes, bolehlah buat urutan sinus drainage. Lepas buat urutan ni memang rasa lega. Dak Fydh pun suka kena urut kat muka dia.. Untuk cara urutan tu, saya tak sempat nak ambil video. Boleh la google sendiri ye.

Sumber: Yatie Eimra

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar