Siakap Keli

”Tolong Doakan Atok Saya Terima Hidayah Sebelum Dia ‘Pergi’ Untuk Selamanya” Doa Muallaf Kepada Datuknya Hidap Kanser Tahap 4

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidayah Allah hadir dalam pelbagai cara. Seperti seorang lelaki ini yang mendapat hidayah memeluk islam dan kini bergelar seorang muallaf. Namun,  kasih sayang dan hubungan keluarga tidak akan pernah putus walaupun sudah berlainan agama.

Datuknya yang tersayang, kini sedang menghidap kanser hati tahap 4. Harapannya hanya satu, supaya insan yang disayangi semput memeluk agama suci ini sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ikuti luahannya seperti di bawah.

Assalamualaikum. Saya Muhammad Alif. Seorang muallaf.

Saya mohon pertolongan dari tuan-tuan dan puan-puan jika nampak mesej ni tolonglah mendoakan kesembuhan pada atok saya sekarang hidap kanser hati tahap ke-4.

Saya tak minta bantuan netizen dari segi kewangan tapi minta doakan atok saya biarlah sempat memeluk agama Islam sebelum dia menghembuskan nafasnya kali terakhir. Umur nya dah 70 tahun.

Saya tahu rakyat Malaysia orangnya penyayang dan baik-baik belaka. Kita sebagai makhluk-Nya memerlukan doa yang baik-baik. Saya redha sekiranya dia pergi. Tapi pergilah dalam keadaan memeluk Islam.

Saya tak minta apa lagi cukuplah dengan bantuan-bantuan doa kalian. Semoga Allah memberi hidayah pada atok, nenek dan keluarga saya supaya menerima ajaran Islam yang suci ni. Jutaan terima kasih saya ucapkan pada tuan2 dan puan2 semua.

Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan tuan2 puan2 sekalian. Terima kasih dan Assalamualaikum.

Sumber : Aleep Abdullah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di