Siakap Keli

(Video) Juruterbang Tentera India Ditawan Pakistan Puji Layanan Baik Yang Diterimanya

Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan juruterbang Tentera Udara India (IAF) yang pesawatnya ditembak jatuh oleh Pakistan memberi kenyataan mengenai layanan yang diterimanya sebagai seorang tawanan.

Menurut juruterbang yang dikenali sebagai Abhi Nandan berkata, dia dilayan dengan baik oleh Pakistan dan berikrar untuk tidak mengubah kenyataan tersebut biarpun sudah kembali ke India satu hari nanti.

Bagaimanapun video yang tular tersebut tidak dapat dipastikan sama ada dimuat naik oleh pihak tentera Pakistan atau sebaliknya.

Jurucakap Angkatan Tentera Pakistan, Mej. Jen. Asif Ghafoor melalui kemaskini di laman Twitternya turut menjelaskan bahawa tawanan berkenaan dilayan dengan baik oleh pihaknya mengikut etika ketenteraan.

Melalui kenyataan yang sama juga beliau menegaskan hanya seorang sahaja anggota tentera India menjadi tawanan Pakistan ketika ini.

Rata-rata netizen di media sosial turut mendesak kedua-dua pihak kembali berunding dan menyeru Pakistan agar segera membebaskan tawanan tersebut.

Ketegangan antara dan kuasa nuklear di Asia Selatan ini bermula selepas tindakan India menyerang kedudukan militan dalam wilayah Pakistan tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

Kemudian, tindakkan pesawat milik IAF menceroboh Line of Control (LoC) di Kashmir hingga melepasi wilayah Pakistan menyebabkan Pakistan bertindak menembak jatuh dua pesawat tersebut.

Sumber: Mej. Jen. Asif Ghafoor, Junaid Ahmed

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.