Siakap Keli

”Balik Hadap Muka Anak Bini Rasa Nak Menangis,” Pemandu Grab Kesal Dianiaya Penumpang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai pelanggan, anda sememangnya mempunyai kelebihan. Namun usahlah menggunakan kelebihan yang ada hingga menutup periuk nasi orang lain.

Seperti nasib yang menimpa seorang pemandu Grab, Nur Ariff Makhar yang terpaksa berputih apabila akaun Grab nya disekat daripada terus menjalankan perkidmatan berkenaan.

Semua ini gara-gara tindakan seorang perempuan yang memberi aduan tidak munasah terhadap dirinya. Pihak Grab pula didakwa telah mengambil tindakan terus tanpa melakukan siasatan sehingga dia merasakan teraniaya. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Aku buat grab secara parttime. Tapi dah macam full time. Sehari dekat 12 jam jugak dalam kereta.

Semalam aku pickup satu perempuan, dari PJ ke Setapak Mall. RM22 by cash.

Dah sampai, perempuan tu tertidur dalam kereta. Dari gaya dia tidur tu, aku boleh agak dia mabuk. Then aku kejut dia, tanpa sentuhan apa2. Aku tinggi la suara sikit sebab lain mcm susah nak bangun.

Dia bangun, macam nak tumbang, then terus keluar kereta terhoyong hayang. Tak bayar lagi. Ni bukan bayar pakai grabpay, ni bayar cash.

KEJAR SEBAB TAK BAYAR

So aku kejar la dia, gelabah la aku. Ni mcm2 benda nak kena setel ni. RM22 bagi aku besar. Kalau nak call center, payment lepas 3 hari. So 3 hari nak beli susu anak aku pakai daun semalu ke?

Aku smpai kejar dia ke lif. Lepastu dia maki hamun aku, sambil bagi rm30 and katanya keep the change. Lepastu maki aku lagi suruh blah. Ada sorang brother, agaknya residen situ tanya aku, ‘apahal bro’. Aku cakap la aku grab driver, dia tak bayar lagi.

Keadaan memang kecoh sebab dia jerit2. Dah macam aku pulak buat salah. Tapi orang boleh agak yang perempuan tu salah. Aku tak lawan apa2 pun. Just diam je. Kalau ko pernah buat grab, pickup orang mabuk, ni perkara biasa. Kami cuma cari rezeki halal.

AKAUN GRAB KENA SEKAT

So cerita dia, kemuncaknya hari ini. Aku dari Bukit Mahkota, jam 8 malam dah sampai KLIA, nak login apps tak lepas. Dah uninstall, dah install balik pun tak lepas. Call grab driver center, dia cakap ada orang report yang aku tak sopan dengan rider. Macam tu je. So kalau nak login balik, kena p class sejam kat PJ. Takdak siasat apa2, terus kena suspend.

Aku tak tau nombor phone n detail perempuan tu. Kalau ada memang aku buat report polis, sebab buat jenayah syariah, memasukkan todi dalam badan. Nak gaduh, kita gaduh habis2. Perang pun tak apa. Kalau non muslim aku x kisah, ni muslim.

Kalau ada sesapa yang ada dengar cerita pasal kes ni, mana la tau perempuan tu tulis kat fb pasal aku ke, info aku. Pickup dari PJ ke Setapak Mall, jam 3 pagi kalau x silap. Aku nak cari dia and nak balas maki hamun berbakul2 yang dia bagi aku tu. Nak gaduh biar gaduh habis2.

NAK BALIK HADAP MUKA ANAK BINI RASA NAK MENANGIS

Memang ramai driver grab mengeluh. Aku tak pernah ambil port pun. Tapi hari ini aku dah kena. Esok p PJ, p class.

Nak mabuk, itu u punya hal. U muslim ke, non muslim ke, that is not my freaking business. Tapi jangan menyusahkan orang. Aku pun ada tangan dan kaki sebagai senjata. 

Ni aku still kat KLIA, nak balik hadap muka anak bini pun rasa nak nangis. Sedih and marah.

REPORT POLIS

 

Sumber : Nur Ariff Makhtar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.