Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Cadangan Wajibkan Suntikan Imunisasi Sebelum Masuk Sekolah Dikaji – Dr Wan Azizah

Kuala Lumpur : Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenar memasuki sesi persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata cadangan itu akan dikaji secara terperinci.

“Memang itu salah satu apa yang kita syorkan supaya menjadi pencegahan terhadap penyakit,” katanya kepada sumber selepas melancarkan Yayasan Petronas di sini, hari ini.

Isnin lepas, Bernama melaporkan beberapa pihak termasuk Persatuan Doktor Islam Malaysia dan I-MEDIK Malaysia menyarankan langkah itu dilaksana bagi melindungi kesihatan kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dicegah seperti difteria dan campak.

Ini berikutan kes seorang kanak-kanak dua tahun di Johor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin difteria meninggal dunia minggu lepas akibat penyakit itu.

Lima lagi kanak-kanak yang dilaporkan pernah berada dan berhubung secara terus dengan mangsa juga disahkan positif penyakit difteria.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menegaskan  bahawa vaksin imunisasi adalah selamat dan ia tidak harus diragui kerana Jabatan dan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah mengeluarkan fatwa mengenai status halalnya.

Katanya, pencapaian program imunisasi pada tahun 2017 ialah 88 peratus daripada 95 peratus yang disasarkan.

“Kita galakkan ibu bapa untuk benarkan suntikan imunisasi kepada anak mereka. Jangan dengarlah (dakwaan kumpulan anti-vaksin).

“Memang mungkin ada satu dua (kes yang menpunyai reaksi negatif). Itu malang, tetapi yang lain tu, vaksin adalah selamat,” katanya.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di