Siakap Keli
Yahoo News Malaysia

Barisan Nasional Rampas Kerusi DUN Semenyih

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU yang lepas.

Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 19,780 undi mengatasi wakil PH di kedudukan ke-2 yang  memperoleh 17,866 undi. Wakil Parti Sosialis Malaysia memperoleh 847 undi manakala calon Bebas memperoleh 725 undi.

BN berjaya memperoleh sebanyak 1,914 undi majoriti manakala undi rosak adalah sebanyak 650 undi.

PRK Semenyih diadakan selepas kematian penyandangnya, Bakhitar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari yang lalu.

Pengundian kali menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali, 30, (PH); Zakaria Hanafi, 58, (BN); Nik Aziz Afiq Abdul, 25, (Parti Sosialis Malaysia); dan Kuan Chee Heng,  56, (Bebas).

Menurut BERNAMA, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 73.24 peratus.

Proses pengundian yang berakhir pada pukul 5.30 petang tadi menyaksikan seramai 52,411 pengundi layak mengundi dan boleh berbuat demikian di 24 buah pusat mengundi dengan 120 saluran yang dikendalikan oleh SPR.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.