Siakap Keli
Gambar Kredit FMT

Cuaca Panas Dianggar Meningkat Lagi, Orang Ramai Perlu Waspada – METMalaysia

Orang ramai diminta tidak terlalu bimbang dengan cuaca panas dan kering yang berlaku ketika ini kerana ia merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap tahun, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), Jailan Simon.

Bagaimanapun, mereka harus sentiasa berwaspada dengan mengamalkan minum air yang banyak serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengelak terdedah kepada strok haba serta masalah kesihatan yang lain.

Jalian berkata cuaca panas yang dialami antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.

“Pada masa ini lumrahnya memang panaslah. Matahari pun menghampiri khatulistiwa, kita pun memang alami situasi ni setiap tahun tapi kita jangan bimbang sangat sebab kita tak jangka cuaca panas yang ekstrem akan berlaku.

Bagaimanapun cuaca panas akan berkurangan menjelang hujung April nanti. Sebab kita jangka musim peralihan monsun akan masuk hujung Mac dan cuaca panas akan berkurangan menjelang hujung April, ” katanya dalam program terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini.

Beliau berkata walaupun suhu panas dianggar meningkat 0.5 hingga 1 darjah celcius berbanding keadaan biasa, namun ia masih dianggap normal dan tidak sehingga mencapai suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.

Jailan berkata, beberapa negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan di bahagian utara Perak mencatat suhu sehingga 37 darjah celcius iaitu pada tahap kuning atau dalam kategori berjaga-jaga.

Katanya, fenomena El Nino yang dijangka berlaku pada Mei nanti agak lemah dan tidak memberi impak yang signifikan kepada cuaca di negara ketika ini.

Jabatan itu sentiasa memantau suhu semasa setiap hari dan berkongsi maklumat dengan Agensi Pengurusan Bencana dan agensi lain seperti Jabatan Kesihatan dan Pendidikan untuk tindakan sewajarnya.

Jailan berkata perkara yang menjadi kebimbangan ketika cuaca panas adalah paras air di empangan akan merosot disebabkan taburan hujan yang berkurangan seperti yang berlaku di Johor dan Sabah ketika ini dan seterusnya berkemungkinan menghadapi krisis air.

Sementara itu, Jailan berkata kaedah pembenihan awan untuk menghasilkan hujan adalah jalan terakhir sekiranya krisis air terus meruncing, namun ia bukanlah jaminan hujan akan turun, selain ia hanya boleh dilakukan mengikut kesesuaian cuaca dan sebagainya selain membabitkan kos yang tinggi.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di