Siakap Keli

Kereta Dilanggar Nelayan, Lelaki Tak Minta Ganti Rugi Malah Bagi Duit Gantikan Beras Yang Tumpah

Kemalangan yang berlaku di Filipina melibatkan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta mewah mendapat perhatian orang ramai.

Kereta yang dipandu Sayd telah dilanggar daripada belakang oleh penunggang motosikal sehingga menyebabkan guni beras yang dibawa bersamanya bertaburan diatas jalan.

Insiden tersebut membuatkan ramai yang bersimpati kerana penunggang motosikal tersebut didakwa seorang nelayan yang memiliki sumber pendapatan yang terhad.

Beras yang dibeli itu adalah satu-satunya sumber makanan untuk anak-anak dirumah.

Lebih teruk, nelayan tersebut turut tidak mampu menggantikan kerosakkan yang dialami Sayd.

Pun begitu, Sayd sedikit pun tidak meminta ganti rugi malah memberikan sejumlah wang untuk nelayan tersebut membeli beras yang baru.

Sebagai seorang bapa, hati Sayd turut tersentuh apabila memikirkan anak-anak yang menunggu di rumah dengan harapan ayah mereka membawa makanan untuk dijamah pada hari itu.

Perkongsian Sayd di Facebook miliknya rata-rata membuatkan netizen tersentuh dan memuji kebaikannya.

Sumber: Sayd Omar Morales, Boredom Therapy

Nur Farra