Siakap Keli

“Rileks, Jangan Susah Hati Untuk Uncle,” Tewas PRK Semenyih, Uncle Kentang Bangkit Akan Bertanding Parlimen Puchong

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU yang lepas.

Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 19,780 undi mengatasi wakil PH di kedudukan ke-2 yang  memperoleh 17,866 undi. Wakil Parti Sosialis Malaysia memperoleh 847 undi manakala calon Bebas yang memperoleh 725 undi.

Pengundian kali menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Muhammad Aiman Zainali, 30, (PH); Zakaria Hanafi, 58, (BN); Nik Aziz Afiq Abdul, 25, (Parti Sosialis Malaysia); dan Kuan Chee Heng,  56, (Bebas).

Sementara itu, kekalahan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang diluahkan menerusi akauan Facebook miliknya meminta orang ramai yang telah menyokongnya untuk tidak bersedih.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan hasrat untuk turut bertanding di Parlimen Puchong akan datang.

RILEKS DAN BERTENANG.

Please relax. I am looking at 50 votes to 100 votes. Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk. But I want followers jangan berdukachita. Kita telah create satu rangkaian orang susah di Semenyih dah.

So rileks ye. Jangan bersusah hati untuk uncle. Uncle memang confirm kalah teruk dan munkin dapat 50 undi sahaja. Tetapi uncle telah memenuhi idaman uncle untuk bertanding untuk orang susah sekali. Uncle rasa lega dan tenang sekarang.

Kita akan bertanding di Parlimen Puchong kelak . Itu baru baru betul betul fight. I will stand as calon for MP Puchong in coming election.

Nur Farra