Siakap Keli

Syed Saddiq Mohon Maaf Penduduk Semenyih

Kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih menyaksikan undian sebanyak 19,780 undi mengatasi Pakatan Harapan, Wakil Parti Sosialis Malaysia dan calon Bebas.

Kemenangan dan kebangkitan paritu itu mendapat perhatian orang ramai termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Syed Saddiq menerusi Twitter miliknya berkongsi ucapan tahniah serta memohon maaf kepada penduduk Semenyih atas isu yang melibatkan dirinya dan seorang EXCO Pemuda UMNO sebelum ini.

Walau bagaimanapun, status yang dimuat naik itu telah dibalas oleh EXCO Pemuda berkenaan.

Syed Saddiq yang sebelum ini mendakwa telah diaibkan serta dicederakan oleh individu terbabit turut membalas ulasan tersebut.

Nur Farra