Siakap Keli

Anak Kecil 3 Tahun Hilang Dipercayai Dilarikan Kenalan Ibu

Seorang anak kecil, Nur Aleya Bte Abdullah (3 Tahun) dipercayai dilarikan oleh teman lelaki ibunya. Ibunya merupakan seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran di Langkawi. Anak kecil berkenaam disedari hilang malam tadi kira-kira jam 12.08 pagi.

Wanita tersebut mengesyaki anaknya itu dibawa lari oleh teman lelaki dan isterinya oleh kerana beliau gagal menghubungi kedua mereka. Sebelumnya, Nur Aleya telah dijaga oleh kedua pasangan itu di kediaman kuarters Hospital Besar Langkawi.

 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak. Berikutan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH Supt Mohd Iqbal Bin Ibrahim meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak dan saspek-saspek tersebut untuk tampil dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis dan Pegawai Penyiasat Kes.

Sumber : NUR Alert , Polis Langkawi

 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.