Siakap Keli

Dari Kedah Ke Johor, Hajat Anak Yatim Ini Nak Bawa 38 Orang ‘Adik-Adik’nya Ke Perbarisan Tamat Latihan TLDM Akhirnya Tercapai

Natipah Abu wanita hebat, namanya tidak asing lagi di media sosial kerana sering berkongsi kehidupan sehariannya menguruskan anak-anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan dalam meringankan beban mereka.

Terbaru, kisahnya mendapat perhatian orang ramai malah pihak atasan dalam mencari dana bagi menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Prajurit Muda untuk anak jagaannya, Mohd Hakimi Idrus yang merupakan seorang anak yatim piatu.

Impian beliau hanya satu, untuk meraikan ‘kemenangan’ Hakimi yang sejak dulu bercita-cita untuk bergelar anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menunaikan janjinya kepada Hakimi untuk membawa semua adik-adiknya di rumah anak yatim ke kem tersebut.

Harapan Puan Natipah itu bagaimanapun telah didengari pihak KD Sultan Ismail sendiri dan dengan berbesar hati, pihak tersebut membantu melaksanakan impian besar itu.

Besar maknanya buat Puan Natipah dan anak-anak ketika hasrat tersebut disambut baik pihak Kapal Diraja Sultan Ismail (KDSI).

Perjalanan dan persiapan ke perbarisan itu dikongsi dari sehari ke sehari melalui Facebook miliknya.  Kebaikan ramai pihak membuatkan segalanya berjalan dengan lancar.  Menurut Puan Natipah, semua kos makanan di Johor telah disumbang oleh rakyat johor serta beberapa pihak antaranya rakan di Facebook dan pemilik sebuah restoran di Serdang.

Terpancar kegembiraan diwajah anak-anak ini sepanjang perjalanan berjumpa dengan abang mereka walaupun bukan daripada darah daging sendiri.  Ternyata ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia apabila anak-anak ini dipelawa membeli kelengkapan alat-alat tulis di sebuah kedai buku terkenal di Johor serta diraikan dengan hadiah dan makanan.

Setibanya mereka di kem itu, kesemua mereka disambut dengan meriah.  Pelbagai aktiviti telah disusun untuk membuatkan anak-anak ini gembira sebelum menghadiri perbarisan Hakimi.

Muhamamad Hakimi Idrus berjaya menamatkan latihan perajurit muda di Padang Kawad KD Sultan Ismail di Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih, Johor.

Kisah Muhammad Hakimi turut mendapat perhatian netizen sejak dia dimasukkan ke Pertubuhan Anak Yatim Kuala Muda setelah kepergian ibu dan ayahnya hampir 10 tahun lalu.

Menurut Puan Natipah, Hakimi dan abang-abangnya dulu menginap di sebuah rumah usang yang menjadi tempat perlindungan buat mereka empat beradik.  Perkongsian Puan Natipah tentang keluarga Hakimi mendapat perhatian rakan Facebook, dan kesusahan yang dialami keluarga itu didengari pihak atasan yang akhirnya meluluskan sebuah rumah bernilai RM50 ribu buat mereka.

Perjuangan Puan Natipah terhadap anak-anak ini sangat besar.  Kejayaan Hakimi sehingga dapat menamatkan latihannya sebagai tentera laut membuatkan Natipah bangga walaupun pelbagai cabaran telah dilalui.

Semoga perjuangan Puan Natipah dalam membantu anak-anak yang memerlukan dipermudahkan dan sentiasa menjadi inspirasi rakyat Malaysia yang lain.

Sumber: Natipah Abu, KD Sultan Ismail

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di