Siakap Keli
Gambar: Marine Insight

“Engineer Ni Bukan Semua Pandai Pun, Technician Jugak Yang Setelkan” Jawapan Dari Engineer Ini Memang ”Win”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia pekerjaan, setiap perkara yang kita lakukan pastinya ada cabaran yang tersendiri. Didorong lagi dengan jawatan dan kelulusan yang diperoleh menjadikan semakin tinggi jangkaan yang dibayangkan oleh orang lain.

Begitulah dengan kisah yang bakal kami kongsikan hari ini menerusi kiriman seorang jurutera yang bernama Fauzan Nordin. Beliau juga telah berkongsi tentang pelbagai cabaran dan persepsi negatif yang pernah dilemparkan kepadanya semasa bertugas sebagai seorang jurutera.

 

Gambar: Islampos

Saya Fauzan, seorang jurutera dalam bidang Minyak & Gas. Yes, I am an engineer. Alhamdulillah saya bersyukur saya merupakan seorang Engineer.

Pagi ini saya bertolak ke offshore selama 2 minggu. Saya bertanggungjawab untuk memastikan kualiti minyak & gas yang dikeluarkan pada tahap terbaik dan optimum sebelum dijual.

Tanggapan Negatif 

Sepanjang kerjaya, saya dibesarkan dengan beberapa momokan dan persepsi-persepsi negatif sebagai engineer. Antaranya:

“aii..takkan lah engineer pun taktau.. depa tak ajar ka kat U dulu?”

“engineer ni semua tak pandai pun, technician jugak yang setelkan”

“engineer ni takleh diajar, kalau dah pandai nanti jadi berlagak, jadi sombong”

“you engineer, you la ajar saya bagitau saya” (ujar seorang berpengalaman kerja 10 tahun kepada fresh grad)

Perkara-perkara negatif ini menjadikan saya MALU dan TAKUT untuk mengaku diri saya seorang engineer. Saya rasakan jadi engineer adalah pekerjaan yang BURUK.

HIDUP PENUH DENGAN PILIHAN

Kini saya faham, hakikatnya semua tu tak penting. Hidup penuh dengan pilihan. Saya boleh pilih untuk jadi engineer buruk, eksen, dan berlagak. Atau. Saya boleh pilih untuk jadi engineer yang baik dan bermanfaat pada orang lain.

Saya tak perlu akur dan terikut-ikut dengan persepsi negatif persekitaran saya. Campak jauh-jauh dan buktikan boleh jadi engineer yang baik.

MESEJ

Mesej yang saya nak sampaikan ialah:

  1. Usah malu dan takut dengan pekerjaan kita (selagi ianya halal). Be proud of what you do. Love what yo do!
  2. Bersyukur dengan pekerjaan kita. Kita bangun bukak mata dan boleh pergi kerja. Ada orang bangun masih perlu cari kerja.
  3. Kita berhak buat PILIHAN. Tiada pekerjaan yang buruk. Campak persepsi negatif jauh-jauh. Kita boleh jadi orang yang buruk. Kita boleh jadi orang baik-baik.

Siapa kawan-kawan FB saya ada masalah persekitaran camni?

Semoga perkongsian yang diberikan oleh saudara Fauzan Nordin ini dapat dimanfaatkan oleh anda serta memberikan semangat yang berkobar-kobar dalam melaksanakan tugas harian anda.

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"