Siakap Keli

“Jangan Tokok Tambah Cerita Kalau Tak Tahu,” Setiausaha Kehormat Jawab Isu Pemain Ragbi Jepun Kutip Puntung Rokok

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam sekumpulan pasukan ragbi daripada sebuah sekolah Jepun menjadi bualan di media sosial apabila rakaman video mereka mengutip puntung rokok di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tular.

Video tersebut menyaksikan sekumpulan pemain ragbi Jepun membersihkan padang di kolej tersebut dan mengutip sampah-sarap di kawasan padang berkenaan.

Tindakan itu membuatkan segelintir pihak mempersoalkan tanggungjawab pihak pengurusan MCKK yang membiarkan pemain tersebut mengutip sampah.

Walau bagaimanapun, isu ini segera dijawab Setiausaha Kehormat Persatuan Murid-Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA), Hamdi Abdullah menerusi laman Facebook miliknya.

Jangan tokok Tambah cerita bila kita tak tahu.

Kita amat hormati konsep clean as you go dari warga Jepun Dan sememangnya kita juga inginkan budak koleq berbudaya sebegitu juga.

Malangnya semalam penganjur an MCKK Premier7s MENJADI tohmahan atas usaha murni pasukan ragbi dari Jepun tersebut.

Menjadi sedikit viral budaya baik ini dah ditohmah bahawa puntung puntung rokok yang dikutip oleh pasukan tersebut.

Pertama, kawasan kejadian adalah di bahagian selatan padang bola Big Field, di mana ianya termasuk khemah pasukan bertanding, bukannya kawasan penonton Premier7s.

Video diambil oleh seorang pengurus pasukan tim lain yang ingin menjadikan sebagai contoh perkara baik.

Tapi ditambah oleh pihak yang tidak usul periksa sebagai mengutip puntung rokok.

Kedua, Penganjur memang mempunyai sukarelawan kebersihan dari kejohanan yang pertama sehingga yang terkini.

Penganjur bertanggungjawab memastikan, dan saban Tahun ianya berhasil mengekalkan kebersihan di tapak kejohanan.

Jangan lupa ini kejohanan 7 sebelah ulung peringkat Sekolah di Asia dan merupakan penanda aras kejohanan kejohanan.

Jangan risau, kita tak serupa

Hamdi Abdullah
Setiausaha Kehormat MCOBA

#mckkpremier7s #mcoba #allblacksrevival #bungwak #kemonkoleq

Nur Farra