Siakap Keli

“Orang Lain Ahad Cuti Keluar Enjoy, Depa Ni Gigih Mai Rumah Orang ” Wanita Kongsi Kisah Pengorbanan Besar Jururawat

Seperti yang diketahui, menjadi seorang jururawat memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Jasa dan perkhidmatan mereka untuk masyarakat sememangnya tidak dapat dinafikan lagi

Walaupun sering berdepan dengan pelbagai kritikan dan ragam orang ramai namun keikhlasan untuk berkhidmat kepada masyarat mendahului segala tanggapan tersebut.

Terbaru, melalui perkongsian dari Nazirah Nur Mukmin yang mendapat lebih dari 4000 di laman sosial Facebook menyatakan tentang kekaguman beliau tentang 2 orang jururawat mahu membuat semakan imunisasi di kawasan perumahannya.

Menurutnya dalam post yang disiarkan semalam :

“Harini di area rumah kami ada misi2 mai buat semakan imunisasi.”

“Saya tertanya2, apa pasai hari Ahad depa ni gigih la mai. Orang lain hari Ahad enjoy berjalan pi sana sini, bergolek atas tilam, tengok hindustan, isy2 depa ni.”

“Saya tertanya2, gaji depa bertambah ka dok round rumah satu demi satu ni? Maybe ada hat tak layan. Depa nak apa ni?”

“Saya cuma nak kata syukur kita rakyat Malaysia. Punyalah gigih misi2 ni mai pulak dok tanya dari pintu ke pintu. Ni semua nak pastikan komuniti kita sihat terjaga. Hampa tau dak, kalau ust2 dok ceramah pasai maqasid, Misi2 ni sedang dok buat maqasid syariahlah ni. Depa lagi hebat dari kami ustaz ustazah. Kami ceramah saja. Depa nindia pi buat teruih. Hebat2.”

“Kalau ada orang kata depa ni kacau privasi cuti hari Ahad hampa, hampa memang takdak perasaan. Depa ni korban masa, tenaga, dan waktu bersama anak dengan suami di rumah demi nak memastikan kita2 ni ikut nasihat KKM. Hampa sanggup ka?”

“Anak saya dulu tak vaksin, tapi takdak la misi kerajaan marah kami laki bini. Depa nasihat elok sampai kami ambik semula suntikan yang tertinggal. Kalau lambat pi tarikh appointment, depa la sabaq telepon kami laki bini. Saya tak tau la depa ni makan apa nala punya sabaq laguni. Kalau kita la, ikut la hampa xmau mai. Bukan sorang, barangkali beratus2. Adui kesiannya kat depa.”

“Terima kasih misi2 semua. Semoga Allah turunkan keberkatan pada rezeki kalian, semoga Allah gantikan masa2 kalian dengan kebahagiaan dalam rumah tangga, direzekikan anak2 yang soleh dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.”

“Terima kasih! Saya pilih imunisasi untuk anak2 saya”

Mereka bukan sahaja sebagai pembantu doktor namun seorang insan yang berkhidmat tanpa mengira waktu dan mempunyai kesabaran yang tinggi apabila berdepan dengan masyarakat.

Sumber : Nazirah Nur Mukmin 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.