Siakap Keli

“Tak Sangka Video Pun Boleh Buat Jadi Ringtone,” Ini Antara Keunikan Nova 4 Yang Ramai Tak Tahu

Model Nova 4 telah sedia diperkenalkan Disember 2018 yang lalu, dan hari ini, pasaran tempatan pula akan menerima kedatangan peranti Huawei itu secara rasmi.  


Apa yang menariknya peranti terbaru ini, Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView yang merupakan peranti pertama seumpamanya  dijual di Malaysia! Wow. Trend terbaru ini dijangka akan mengambil-alih pasaran tahun 2019.

Reka Bentuk Menawan, Tonton Netflix Dengan Bergaya

 

Huawei dan reka bentuk peranti tidak dapat dipisahkan. Reka bentuk luaran Nova 4 nampak sangat eksklusif dilengkapi skrin IPS LCD dengan ukuran 6.4 inci.  

 

Berlainan dengan reka bentuk peranti daripada Huawei, Nova 4 kali ini tidak memiliki sebarang takuk namun rekaannya disertakan paparan berlubang dengan saiz kecil 3.05mm.

Kalau kita tengok rekaan kali ni, tiada lagi bar hitam diatas peranti yang membuatkan gangguan penuh skrin.  Trend baru ini membolehkan korang melihat semuanya dengan jelas.  Pendek kata, korang takkan terlepas satu bingkai pun kalau tengok rancangan kegemaran korang di Netflix. 

 

Bahagian belakang yang seksi disertakan tiga kamera utama bersama pengimbas cap jari berbentuk bulat.

Kamera Terbaik Hasilkan Foto Cantik

Tanpa disangkal, gambar yang diambil menggunakan Nova 4 menghasilkan gambar yang sangat jelas dengan warna timbul.

Sensor 25MP untuk kamera ‘selfie’ memang gempak untuk korang yang suka ambil gambar dan video.  Kalau buat panggilan video pun cantik.  Bagi korang yang suka ambil gambar, Nova 4 ni memang sesuai dan berbaloi-baloi.

Untuk korang yang tak tahu, Huawei Nova 4 juga membawakan system tri-kamera yang salah satu daripada kamera tersebut dilengkapi sensor 8MP Sony IMX586 pertama di dunia.  Tri-kamera ini terdiri daripada kamera utama yang terdiri daripada 20MP f/1.8, 16MP f/2.2 ultra-wide angle dengan 2MP f/2.4 depth-of-field kamera.

Gambar yang diambil menggunakan tri-kamera ini sememangnya akan menghasilkan ‘detail’ yang ‘sharp’ dan sangat jelas.  Korang juga tak perlu nak ‘install’ aplikasi untuk karakter emoji sebab kamera Nova 4 dah menyediakan karakter emoji comel-comel yang boleh dikawal menggunakan wajah.  Terbaik.

 

Rakaman Video Setanding Profesional

 

Video peranti ini menyokong resolusi 4K dengan teknologi EIS bagi menstabilkan imej secara elektronik.  Ini membolehkan rakaman dirakam dengan stabil bersama fungsi gerak perlahan sehingga 480fps.

Menarik tentang peranti ini, pengguna boleh menetapkan video sebagai nada dering.  Hebat!

Fungsi ni memang luar biasa kerana korang boleh tetapkan ringtone menggunakan video yang korang suka dan tetapkan video ringtone kesukaan korang untuk senarai kenalan kegemaran.  Hebat.

Huawei Nova 4 ni membolehkan juga video TikTok korang ataupun selebriti fav korang dijadikan sebagai nada dering telefon.  Macam mana nak tetapkan video sebagai ringtone? Korang boleh tengok video ni.

Warna Misteri Sensasi

Mungkin korang tertanya-tanya akan keupayaan bateri bagi peranti ni kan? Nova 4 ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 18W.

Nova 4 di Malaysia memperkenalkan dua warna iaitu Crush Blue dan Black.  Crush Blue menampilkan efek gradient menawan sesuai untuk korang yang sukakan sesuatu yang ‘fresh’.

Warna hitam tidak kurang hebatnya.  Ia antara warna yang sering mendapat permintaan pengguna kerana kelihatan lebih bergaya dan maskulin.

 

Keseluruhan reka bentuk peranti ini sangat menarik perhatian kerana setiap sisi serta spesifikasinya memainkan peranan yang penting dan sangat hebat.

 

Ia adalah antara peranti wajib milik dan memenuhi citarasa ramai.  Untuk korang yang ingin mendapatkan Huawei Nova 4, ia dijual pada harga RM 1899 dan sudah boleh mula didapatkan di Huawei Experience Store, pengedar sah seluruh negara. 

 

Maklumat lanjut layari website rasmi Huawei ataupun Facebook rasmi di Huawei Mobile Malaysia. 



Nur Farra