Siakap Keli

TPM : Penjawat Awam Diminta Untuk Tidak Mensabotaj Kerajaan Dalam media Sosial

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dianjurkan oleh kementerian untuk menghargai penjawat awam yang telah memberikan khidmat terbaik di samping untuk menggalakkan mereka supaya meneruskan kecermelangan dan tanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Majlis yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihadiri oleh lebih 600 orang penjawat awam. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya menasihati penjawat awam agar tidak mensabotaj kerajaan dan menggunakan media sosial dengan sebaik-baiknya.

Gambar : BERNAMA

Tambah beliau lagi, pihak kementerian PWKM harus peka dengan isu ini. Mereka harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran dalam bidang teknologi.

Namun apa yang penting, mereka (penjawat awam) perlu elak dari menyebarkan maklumat, membuat tuduhan dan menyalahgunakan teknologi berkenaan terutamanya dalam media sosial.

Malah, penjawat awam juga diingatkan supaya tidak membalas kritikan dan menjawab komen dengan bahasa yang tidak sepatutnya.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.