Siakap Keli

Kajian : Ramai Kanak-Kanak Menghidapi “Text-Neck” Akibat Dari Penggunaan Telefon Bimbit

Kajian : Ramai Kanak-Kanak Menghidapi “Text-Neck” Akibat Dari Penggunaan Telefon Bimbit

Text-Neck ini adakah sejenis terma yang diguna untuk menggambarkan keadaan seseorang yang menghidapi sakit di bahagian leher dan belakang. Ia terjadi kerana seseorang itu terlalu kerap menundukkan kepala untuk melihat telefon bimbit, komputer mahupun tablet.

Gambar : Iluminasi

Jika dulu ‘penyakit’ ini hanya dihidapi oleh orang dewasa, namun kini ianya juga sudah dikaitkan dengan kanak-kanak. Malah menurut Cordelia W. Carter. yang merupakan Pakar Bedah Ortopedic Kanak-Kanak menyatakan bahawa beliau melihat perubahan mendadak pesakit yang datang kepadanya. Dari orang dewasa berubah kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak tersebut mengadu kepada ibubapa yang mereka mengalami kesakitan dibahagian leher, bahu dan belakang badan. Menurut Cordelia, keadaan itu dapat dilihat dengan jelas dari postur duduk kanak-kanak tersebut yang seakan berada dalam kesakitan.

Gambar : The Mirror

Tambahan pula,  kanak-kanak sekarang diberi kebebasan untuk menggunakan telefon pintar mahupun tablet pada usia yang muda. Mungkin ada sesetengah ibubapa yang mengangap itu perkara biasa di zaman teknologi, namun ketahuilah semua itu ada risiko dan kekurangannya.

Dr. Carter dalam penulisannya juga percaya bahawa kanak-kanak yang dahulu sangat berbeza dengan mereka yang terdahulu. Jika dulu, mereka banyak menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti. Ia menjadikan mereka lebih aktif, bertenaga dan cerdas.

Lain pula keadaannya kini, kanak-kanak hanya duduk dan bermain telefon. Ia akan menjadikan tubuh badan dan pemikiran mereka lemah. Ia juga akan menjejaskan postur tubuh kanak-kanak tersebut ketika proses pembesaran.

Penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut adalah untuk tidak mengambil telefon bimbit atau tablet secara mengejut tetapi perlu mengalihkan perhatian anak-anak untuk membuat aktiviti lain seperti meluangkan masa dengan mereka untuk berekreasi.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.