Siakap Keli

Keluarga Telah Larang Naik, 3 Orang Pelajar Ditemui Mati Kesejukan Ketika Daki Gunung

Ajal dan maut adalah ketentuan Maha Pencipta. Semua orang yang hidup pasti akan merasai mati, cuma waktu, hari dan di mana tempatnya sahaja tidak diketahui. Begitulah yang terjadi kepada 3 orang pelajar sekolah menengah di Jakarta Indonesia.

Yang paling menyayat hati apabila ada antara iba bapa dan ahli keluarga yang menghalang mangsa dari memanjat Gunung Tampomas di daerah Sumedang, Indonesia.  Namun, mereka yang berusia antara 13 hingga 15 tahun itu masih berkeras untuk pergi.

Pihak Penyelamat Membawa Turun Mangsa Dari Kaki Gunung (Gambar : Garuda News)

Mangsa yang disahkan identiti sebagai Ferdi Firmansyah, Lucky Parikesit dan Agip Trisakti itu berangkat ke gunung tersebut pada jumaat malam (1 mac) lalu. Menurut laporan media tempatan, ketiga-tiga remaja tersebut mendaki tanpa kelengkapan yang cukup, hanya memakai baju berlengan pendek dan berseluar.

Jasad mereka yang sudah tidak bernyawa ditemui berdekatan dengan pos 4. Hypothermia dipercayai sebagai punca utama kematian mereka. Ini kerana salah seorang daripada mayat dilihat dalam keadaan meringkuk (membengkok) seolah-olah menahan kesejukkan dan mereka semuanya berbaju basah.

Hypothermia adalah keadaan di mana  seseorang kehilangan haba dalam badan dengan pantas. bila haba menurun, semua organ di dalam badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Ketua Hubungan Masyarakat dan Protokol Badan SAR Nasional Jawa Barat, Joshua Banjarnaho mengatakan bahawa saat baju basah terkena air mahupun peluh, ia perlu diganti segera untuk mengelakkan serangan hypothermia.

Beliau menambah bahawa semua mangsa memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk mendaki. Seorang pendaki perlu mempunyai pengetahuan tentang jalan dan struktur fizikal gunung.

Selain itu, para mendaki perlu melengkapkan diri dengan semua keperluan untuk mengelakkan sebarang insiden dan kecederaan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=N_269P_kWWQ]

Sumber : Tribune News 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.