Siakap Keli

Lelaki Pandai Pilih Durian Terbaik Saya Akan Kahwinkan Dengan Anak Saya Dan Beri Hadiah RM1.28 Juta

Seorang bapa dari Thailand ini mempunyai cara unik lagi tersendiri dalam mencari pasangan hidup buat anak perempuannya.

Begelar usahawan ladang durian, Anont Rotthong melalui status laman facebook akan memberikan hadiah dan menjodohkan mana-mana lelaki yang berjaya memilih buah durian terbaik daripada ladang dengan anak perempuannya.

”Mana-mana lelaki yang tahu memilih durian terbaik dan mengenal pasti ia dari ladang milik saya boleh memiliki anak saya.

”Tidak perlu menyediakan sebarang hantaran, sebaliknya saya akan memberikan anda Bath 10 juta (RM 1.28 juta), 10 buah kereta, ladang durian dan anak saya yang merupakan pemegang ijazah daripada Universiti Assumption dan Master daripada Universiti Sun Yat-Sen, China,” katanya.

Bunyinya mungkin sedikit kelakar, tetapi ketika ditanya wartawan, perkara berkenaan bukanlah satu guarauan. Ujarnya, jika dia menunggu terlebih lama, anaknya Kansita Rotthong, 26, mungkin akan berkahwin pada umur yang sudahpun lanjut.

Menurut Anont lagi, umurnya sudahpun semakin senja dan dia berhajat untuk melakukan sesuatu yang baru. Jadi antara lain tawaran itu dibuat adalah kerana mahu mencari pewaris kepada perniagaannya.

”Tetapi lelaki itu mestilah seorang lelaki yang budiman dan bukan kaki judi. Lagi satu, dia mesti mencintai anak saya dengan sepenuh hatinya dan kuat bekerja,” katanya lagi.

Lelaki berkenaan juga tidak perlu datang daripada keluarga yang kaya ataupun mempunyai pendidikan yang tinggi, cukup setakat memenuhi kriteria yang ditetapkannya.

Katanya, ketika dia memualakan perniagaan durian, dia juga bermula daripada bawah dan tidak mempunyai apa-apa. Justeru, dia ingin memberi peluang yang sama kepada anak muda di luar sana.

Walaupun terkejut dengan cara bapanya itu, namun Kansita menghormati keputusan tersebut dan berharap menemui jdoh yang sesuai untuk dirinya.

Sumber: Bangkok Post

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.