Siakap Keli

Pesakit Mental Nekad Bakar 4 buah Rumah Termasuk Rumahnya Sendiri

Seorang lelaki 30 -an yang dikatakan mengidapi masalah mental telah membakar rumahnya sendiri dan 3 buah rumah jiran di sekitarnya. Menurut saksi, suspek telah memecahkan beberapa buah pinggan pada petang sebelum kejadian.

Kebakaran tersebut terjadi di daerah Ang Tong, Thailand pada lebih kurang 1.00 pagi waktu tempatan dan berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dalam masa 2 jam.

Gambar : The Nation

Jiran-jiran mengatakan bahawa mereka tercium bau gasoline dan terlihat asap keluar dari rumah sekitarnya.

Gambar : The Nation

Para saksi dan saudara terdekat mengesahkan bahawa suspek merupakan seorang penagih dadah yang mengalami masalah mental dan pernah menasihatinya untuk mendapatkan rawatan.

Sumber : Asiaone.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.