Siakap Keli

“Saya cekik Dia Sebab Tak Bayar Sewa” Tuan Rumah Tergamak Bunuh Penyewanya Sendiri

Bila marah, kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita ucap dan lakukan. Sama seperti Jason Colton (42) yang  telah mencekik penyewanya sendiri, Ramis Jonuzi sampai mati. Kejadian tersebut berlaku di Brighton East, Melbourne, Australia.

Insiden tersebut berlaku dalam tahun 2017 dan dalam proses perbicaraan di mahkamah. Colton mengakui bersalah menolak Jonuzi ke dinding dan mencekiknya dengan lengan. Colton kemudian menumbuk Jonuzi di bahagian muka. Beliau kemudian menarik keluar Jonuzi ke laman dan mengarahkan dua orang penyewa lain untuk memegang mangsa dan terus memukulnya.

Lokasi Kejadian (Gambar : The Age)

Beliau mahu membuat Jonuzi pengsan sahaja namun tidak menyangka telah membunuhnya. Kata Colton, dua orang penyewa yang terlibat itu adalah Craig Levy & Ryan Smart. Colton malah mahu Levy melanggar Jonuzi dengan kereta namun Levy bertindak menelefon pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut.

Menurut Colton, Jonuzi tanya mahu tinggal di rumah tumpangan itu bersama dua orang penyewa lain (Levy & Smart). Jonuzi kemudian menyatakan bahawa beliau mahu tinggal di situ lagi seminggu dengan kadar bayaran A$210. namun pada hari terakhir di situ, beliau gagal untuk menjelaskan baki bayaran tersebut.

Perbicaran kes tersebut mesih diteruskan dan dijangka mengambil masa beberapa minggu.

Sumber : The Age 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.