Siakap Keli

Tak Pernah Putus Asa Cuba Lamar Kekasih Sejak 40 Tahun Lalu, Warga Emas Ini Akhirnya Bersatu Dengan Pasangannya

Tindakkan seorang lelaki yang tidak pernah berputus-asa melamar kekasihnya untuk berkahwin setiap tahun sejak 1974 akhirnya terbalas ketika kedua-dua pasangan sudahpun lanjut usia.

Bagaimanapun kali ini lain yang terjadi kerana lamaran itu dibuat oleh kekasihnya lalu pantas di terima oleh si lelaki.

Colin Jones, 74, dan pasangannya Pauline Young, 72, sudah sekian lama menjalin hubungan cinta namun hanya berkesempatan untuk berkahwin pada usia yang sudahpun lanjut.

”Saya seperti mahu jatuh katil. Sekian lama saya cuba melamarnya dan kali ini apabila dia sendiri yang mengajak saya berkahwin, sudah pasti saya akan menerimanya,” kata Colin.

”Pernah saya merasa putus asa dan berfikir bahawa kami tidak ditakdirkan untuk hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya lagi.

Kedua-dua pasangan ini juga merupakan rakan kongsi pernigaan perabot di Wales sebelum berpindah ke Gozo ini disatukan dalam majlis ringkas sempena sambutan Hari Kekasih, Februari lepas.

”Yang penting adalah perkahwinan kerana ia simbol cinta,” kata Colin yang masih menetap di Gozo manakala Pauline yang menghidapi maslah neurologikal sudahpun kembali ke Wales tiga tahun lepas.

Sumber: The Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.