Siakap Keli
Gambar: Quartz

4 Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Disambar Api.

Pada sabtu lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan video yang tular di media sosial berkenaan seorang pemandu lori yang badannya sedang dijilat api kerana kemalangan yang melibatkan tiga lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.

Kejadian tersebut telah mendapat liputan yang banyak dari pihak media, tidak kurang juga perkongsian yang banyak oleh netizen dalam media sosial.

Dalam video yang tular itu menunjukkan seorang pemandu lori yang sedang menjerit apabila bajunya dijilat api berikutan kemalangan yang membabitkan minyak dari lori yang dipandunya terbakar sehingga merebak di tepi lebuhraya.

Tragedi yang menyayat hati itu telah mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam yang berada di tempat kejadian kerana mereka mahu membantu akan tetapi tidak tahu kaedah yang betul untuk membantu pemandu lori berkenaan.

Bagi mempersiapkan diri anda dari kejadian yang tidak diingini terutamanya kebakaran seperti ini dari berlaku, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan sekiranya pakaian seseorang itu ataupun anda sendiri sedang dijilat api.

Menurut Astro Awani, terdapat 4 langkah yang boleh diambil sekiranya pakaian seseorang itu ataupun anda sedang dijilat api.

1. BERHENTI

Gambar: Video Blocks

Jika badan anda sedang dijilat api, berhenti di mana anda berada ketika itu. Jangan berlari kerana berlari boleh menyebabkan api itu menjadi marak.

2. BARING

Gambar: Know Your Meme

Rebahkan badan anda ke tanah bagi melambatkan pergerakan api dari merebak. Faktor pergerakan angin juga turut boleh menyemarakkan api sekiranya anda berdiri. Tutup muka dengan tangan dan anggota badan yang penting seperti mata, hidung dan mulut.

3. BERGULING

Gambar: Direktori File UPI

Gulingkan badan anda ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Berguling dapat mengurangkan bekalan oksigen dari bergabung dengan api dan akan menyebabkan api terbakar dengan lebih marak.

4. SEJUKKAN

Gambar: The Daily Dot

Sejukkan bahagian yang terbakar dengan air paip atau air mineral. Air sejuk seperti air mineral dapat mengurangkan serta melegakan kesakitan di bahagian yang terbakar. Selepas itu, pastikan anda mendapatkan bantuan perubatan daripada pakar perubatan bagi tujuan rawatan susulan.

 

Tips ini mungkin berguna untuk anda sekiranya anda terpaksa berdepan dengan suasana panik yang membabitkan kebakaran.

 

 

 

Aqmal Ezany

I write what is right