Siakap Keli

4 Tahun Guna Sijil Palsu, Lelaki Kena Tahan Selepas Berjaya Dapatkan Kerja Di 38 Syarikat

Seorang lelaki di Singapura berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang kejuteraan awam di 38 syarikat dalam tempoh 4 tahun menggunakan sijil palsu.

Dalam tempoh 4 tahun berkenaan, lelaki berusia 49 tahun ini bekerja dalam tempoh masa yang pendek di setiap syarikat bagi mengelakkan penipuannya terbongkar.

Antara dokumen-dokumen palsu yang berjaya dirampas ketika penahanannya adalah ijazah kejuruteraan daripada Universiti Kebangsaan Singapura, surat kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Politeknik Singapura serta Sijil A-Level GCE.

Pada 5 Mac dalam keputusan pembicaraan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan 11 bulan manakala denda RM 4,816 terhadap lelaki pesalah.

Siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa pesalah hanya memiliki kelulusan dalam di peringkat sekolah menengah sahaja.

Pesalah juga mengaku menggunakan semua sijil palsu tersebut bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan dan tidak pernah menghadiri mana-mana kursus yang tertera pada sijil-sijil kelayakkan yang dimilikinya.

Dalam resume permohonan pekerjaan, pesalah mengaku turut mengemukakan maklumat palsu apabila mendakwa mempunyai pengalaman selama 16 tahun bekerja sebagai jurutera awam.

Di sepanjang tempoh berkenaan, pesalah berjaya memperoleh pekerjaan dengan gaji sehingga RM 27,000 sebulan.

Seminggu sebelum berjaya ditahan, pesalah turut berjaya dalam temuduga dan ditawarkan bekerja dengan syarikat CHL Construction bagaimanapun menolak tawaran tersebut kerana gaji yang diberi terlalu rendah iaitu  RM 22,576.

Sumber: Straits Times Singapore

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.